SHAH ALAM: Polis sedang mengenal pasti pihak-pihak yang terlibat dalam melemparkan fitnah kononnya lebih 200 sekolah tahfiz di negeri ini akan ditutup sehingga mengundang keresahan orang ramai.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, tindakan boleh diambil mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Beliau berkata, pihaknya menjunjung titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah agar pihak berkuasa itu mengesan dan mengambil tindakan undang-undang terhadap kumpulan yang melemparkan tohmahan tersebut.
“Polis sedang melakukan siasatan dan tidak akan berkompromi atau teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang mengeluarkan tohmahan tersebut,” katanya kepada Sinar Harian di sini pada Selasa.
Hussein berkata, perbuatan fitnah berkenaan mampu mengganggu gugat kestabilan serta keharmonian antara agama dan kaum di Selangor.
Beliau bagaimanapun meminta orang ramai membuat laporan polis berhubung perkara tersebut bagi membolehkan pihaknya menjalankan siasatan lanjut, seterusnya mengambil tindakan undang-undang terhadap pemfitnah terlibat.
“Sehingga hari ini (Selasa), belum ada sebarang laporan polis diterima di Selangor. Bagaimanapun, saya difahamkan ada satu laporan polis diterima di Perak dan siasatan dijalankan di bawah Unit Siasatan Jenayah Terancang (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman,” jelas beliau.
Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri mengesahkan menerima satu laporan polis berhubung isu berkenaan.
Beliau berkata, laporan dibuat seorang individu politik di Manjung pada 16 Ogos lepas.
“Ya, benar kita terima laporan itu, tetapi di Perak tidak ada sekolah tahfiz yang ditutup,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.
Beliau berkata, siasatan lanjut kes berkenaan telah diserahkan kepada Bukit Aman.
Pada Isnin, Sultan Sharafuddin melahirkan rasa dukacita dengan pihak yang melemparkan fitnah tersebut dan menyifatkannya sebagai tidak bertanggungjawab.
Baginda selaku Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) bertitah demikian sempena Mesyuarat MKI Kali Ke-70 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Titah baginda, golongan itu perlu segera memberhentikan perbuatan khianatnya itu dan sekiranya masih diteruskan, baginda menitahkan pihak polis segera mengesan kumpulan pemfitnah tersebut dan mengambil tindakan undang-undang.
“Pada hakikatnya beta telah menitahkan agar langkah pemutihan diambil terhadap sekolah-sekolah agama dan tahfiz swasta dan persendirian yang tidak berdaftar, dengan mengarahkan pendaftaran dibuat bagi memastikan sekolah-sekolah ini adalah selamat dari segi ciri-ciri keselamatannya dan mempunyai suasana pembelajaran yang selesa untuk para pelajar menimba ilmu,” titah baginda.
Titah Sultan Sharafuddin, fitnah sebegini secara tidak langsung merisaukan ibu bapa serta boleh menghakis kepercayaan orang ramai terhadap institusi agama dan pihak berkuasa agama khususnya di negeri ini.
Pada mesyuarat itu, baginda turut menyeru mana-mana institusi tahfiz swasta dan persendirian yang belum berdaftar dengan pihak berkuasa agama Islam negeri agar segera melaksanakannya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Aug 30 2023

Hussein meminta orang ramai membuat laporan berhubung perkara tersebut bagi membolehkan Polis Selangor menjalankan siasatan lanjut dan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka terlibat. - Gambar fail BERNAMA

Genap sebulan gempa landa Myanmar, ribuan masih tidur di khemah
Ribuan mangsa masih berlindung di khemah sementara di beberapa lokasi di negara itu.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [29 April 2025]
Antara fokus Awani Pagi bersama GeeGee Ahmad & Amirul Aiman
1. Model baharu penajaan JPA diperkenal
2. SMK Tinggi Setapak terbakar, pelajar selamat
3. Gangguan elektrik mega landa Sepanyol dan Portugal, darurat diisytihar
1. Model baharu penajaan JPA diperkenal
2. SMK Tinggi Setapak terbakar, pelajar selamat
3. Gangguan elektrik mega landa Sepanyol dan Portugal, darurat diisytihar

Bekalan elektrik di Sepanyol, Portugal mula pulih
Kejadian ini menjadi peringatan tentang betapa pentingnya kestabilan sistem tenaga dalam kehidupan seharian.

Putera William, Kate kembali ke Scotland rai ulang tahun perkahwinan
Pasangan diraja ini memilih untuk melawat Kepulauan Mull dan Iona, kawasan yang penuh dengan keindahan semula jadi.

Budak rosakkan lukisan Rothko bernilai RM250 juta di muzium Belanda
Lukisan abstrak oleh artis terkenal AS Mark Rothko mengalami calar pada bahagian bawah yang tidak dilapisi varnis.
AWANIPagi | Singapore votes: What's at stake this election?
Singapore heads to the polls in a pivotal election under new leadership. What’s at stake for voters, parties, and the region? We speak to Assoc. Prof. Dr. Ja Ian Chong, political analyst from National University of Singapure for a sharp, in-depth analysis. Catch the full conversation on ASEAN KITA.

Mahkamah dengar kes Harvard mengenai pembekuan dana Trump Julai ini
Kes ini berkaitan dengan pembekuan dana persekutuan bernilai lebih daripada AS$2 bilion.

UK hentikan perlindungan pelarian pesalah seks
Pesalah seks yang menimbulkan risiko kepada masyarakat tidak seharusnya mendapat manfaat daripada perlindungan pelarian di UK.

Rakyat Kanada mengundi selepas kempen pilihan raya dikuasai perang perdagangan Trump
Dengan lebih 7.3 juta rakyat Kanada telah mengundi awal, pilihan raya ini dijangka mencatatkan rekod kehadiran pengundi.

Tarif Trump: Peluang Malaysia untuk penuhi vakum permintaan produk China - Penganalisis
Perang dagang yang dicetuskan oleh kadar tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat kepada rakan dagangnya merupakan peluang untuk Malaysia mengembangkan perdagangan.

Kebakaran gas Putra Heights: Paip gas meletup dikenal pasti, laporan awal seminggu lagi
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, laporan awal mengenai hasil siasatan itu dijangka dikeluarkan dalam tempoh seminggu.

Kebakaran gas Putra Heights: Gotong-royong mega diadakan Sabtu, Ahad ini
Satu gotong-royong mega akan diadakan pada Sabtu dan Ahad ini bagi membersihkan kawasan perumahan yang terjejas akibat tragedi kebakaran paip gas di Putra Heights.

Kebakaran gas Putra Heights: Kerja korek 'ground zero' cecah kedalaman 10 meter
Memasuki hari kesepuluh, kerja-kerja pengorekan di kawasan kejadian atau 'ground zero' tragedi kebakaran paip gas di Putra Heights masih diteruskan.

Kebakaran gas Putra Heights: Struktur rumah disahkan selamat, 301 keluarga dibenarkan pulang - Polis
Sebanyak 301 daripada 437 buah rumah yang terjejas dalam tragedi kebakaran paip gas di Putra Heights disahkan selamat dari segi struktur.

Kebakaran gas Putra Heights: Siasatan 24 jam tanpa henti, laporan dijangka siap lebih awal - Hussein
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, ia susulan tindakan jawatankuasa siasatan teknikal menjalankan proses siasatan 24 jam tanpa henti bermula Isnin lalu.

Kebakaran gas Putra Heights: Polis tidak ‘sorok’ kematian, henti lempar tohmahan - Hussein
Sehingga kini, tiada sebarang laporan polis dibuat berkaitan kematian akibat insiden letupan tersebut.

Kebakaran gas Putra Heights: 219 rumah terjejas - Polis
Sebanyak 219 rumah didapati terjejas dalam insiden kebakaran saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya manakala 220 kediaman disahkan selamat dan tidak terkesan.

Kebakaran gas Putra Heights: Polis terima 642 laporan, rakam 118 percakapan saksi - KP Selangor
Kerja siasatan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) belum dapat dimulakan kerana kawasan masih tidak stabil dan ditakungi air.

Kebakaran gas Putra Heights: Letupan paip perlukan pencetus - Polis Selangor
Kebakaran paip gas yang berlaku di Putra Heights, Subang Jaya pada Selasa lalu dipercayai hanya boleh tercetus sekiranya wujud tiga elemen utama iaitu gas, oksigen dan pencetus api.

Kebakaran gas Putra Heights: Polis sahkan wujud kerja ekskavasi 30 meter dari lokasi kebakaran
Polis mengesahkan wujudnya kerja-kerja ekskavasi tanah kira-kira 30 meter dari lokasi kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Selasa lalu.