KUALA LUMPUR: Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) menggesa agar permohonan dan kelulusan kuota pekerja asing disambung semula dengan segera bagi memastikan industri yang memerlukan pekerja berpeluang mengekalkan operasi perniagaan dan memenuhi permintaan dalam tempahan mereka.
Gesaan itu dibuat berikutan pengumuman oleh Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar pada 18 Mac, 2023 berhubung penggantungan sementara permohonan dan kelulusan kuota pekerja asing sehingga diberitahu kelak yang telah mengejutkan industri.
Penggantungan itu dibuat bagi membolehkan majikan yang mempunyai kuasa untuk meluluskan kuota membuat pengaturan yang perlu dalam membawa masuk pekerja mereka.
"Kerajaan mestilah mengiktiraf kelulusan kuota adalah sah untuk tempoh 18 bulan dari tarikh kelulusan, yang memberi masa yang diperlukan kepada pihak industri membawa masuk pekerja, kadangkala secara berkumpulan, bagi memenuhi keperluan pengeluaran yang berubah-ubah," kata Presiden FMM, Tan Sri Soh Thian Lai dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, membekukan permohonan dan kelulusan sehingga kesemua 995,396 pekerja kuota yang diluluskan telah tiba, akan menghalang orang lain mendapatkan pekerja serta mereka yang mempunyai pekerja yang pulang daripada menggantikan pekerja bagi mengekalkan operasi perniagaan untuk 18 bulan akan datang.
Beliau juga berkata majikan yang mempunyai kuota mungkin tidak semestinya membawa masuk pekerja mereka dengan segera atas pelbagai sebab.
Ini termasuk penangguhan dalam proses mendapatkan pekerja di negara sumber; kelewatan dalam pengeluaran visa oleh Jabatan Imigresen; penangguhan mobilisasi pekerja di negara sumber; dan kelembapan dalam permintaan menyebabkan kurang mendesak untuk membawa masuk pekerja dengan segera.
Soh berkata kerajaan sepatutnya membabitkan industri bagi memahami situasi sebelum membuat sebarang keputusan.
Berdasarkan data yang dikongsi oleh Kementerian Sumber Manusia, sejumlah 995,396 kelulusan telah diberikan kepada pelbagai sektor pada 14 Mac, 2023, yang mana ia turut merangkumi kelulusan yang diberikan sebelum Pelan Kelonggaran.
Sektor pembuatan merangkumi 387,122 pekerja.
Walaupun sektor itu memiliki jumlah kelulusan yang tertinggi, FMM menjangkakan sektor tersebut akan terus memerlukan pekerja untuk mengisi jurang tenaga kerja kerana sektor pembuatan mengalami penurunan mendadak sebanyak 44 peratus kepada 391,831 pekerja asing pada 2021 berbanding 697,124 pekerja asing pada 2019 sebelum pandemik COVID-19.
Ia juga untuk memenuhi beberapa pelaburan baharu yang masih memerlukan tenaga kerja berkemahiran rendah untuk proses tertentu dalam operasi mereka.
"Oleh itu, pihak industri merayu kerajaan untuk menyambung semula permohonan dan kelulusan pekerja asingbagi memenuhi keperluan pekerja yang dipacu melalui pasaran," katanya.
Sebelum pengumuman terbaharu kerajaan, pihak industri memuji langkah kerajaan memperkenalkan Program Kelonggaran Pengambilan Pekerja Asing dari 17 Jan, 2023 hingga 31 Mac, 2023 bagi menangani kekurangan tenaga kerja yang mendesak.
Program oleh kerajaan itu adalah positif yang mana dalam Tinjauan Keadaan Perniagaan Separuh Kedua 2022 FMM baru-baru ini yang dijalankan pada Januari-Februari 2023, sebanyak 89 peratus daripada responden yang menggaji pekerja asing mengesahkan bahawa mereka telah dapat memenuhi keperluan pekerja asing dan mendapatkan kelulusan kuota mereka.
Penemuan daripada tinjauan itu juga mendapati akses kepada pekerja asing atau kekurangan tenaga kerja bukan lagi sebagai risiko paling utama terhadap pemulihan dan pertumbuhan perniagaan pada 2023.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 27 2023
Presiden FMM, Tan Sri Soh Thian Lai berkata majikan yang mempunyai kuota mungkin tidak semestinya membawa masuk pekerja mereka dengan segera atas pelbagai sebab. - Fail/BERNAMA
Kerajaan Pusat peruntuk RM1.59 bilion untuk pembangunan fizikal di Terengganu
Peruntukan tersebut melibatkan 99 projek baharu dan 296 projek sambungan di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di setiap daerah
Kerajaan Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di kesemua 11 daerah di negeri ini bagi menggalakkan kemasukan lebih banyak pelaburan asing khususnya dari China.
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Chegubard ditahan polis berkaitan hantaran mengenai kasino di Forest City
Chegubard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City pada Sabtu.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Universiti Malaya mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kenytaaan tidak bertanggungjawab Profesor Dr Bruce Gilley pada 24 April lalu.
FMM mahu ahlinya ambil perhatian serius seruan BNM bantu sokong ringgit
FMM menggesa ahlinya mengambil perhatian gesaan BNM untuk perniagaan menjadi pendekatan 'whole-of-nation' untuk kestabilan ringgit.
FMM gesa cukai perkhidmatan bagi perkhidmatan logistik ditangguh
FMM menggesa agar cukai perkhidmatan bagi perkhidmatan logistik ditangguhkan dahulu sementara menunggu kajian selanjutnya.
Pembekuan permohonan pekerja asing akan jejas produktiviti negara - FMM
Pembekuan permohonan pekerja asing akan menjejaskan produktiviti dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara, kata FMM.
FMM gesa supaya permohonan, kelulusan kuota pekerja asing disambung semula
Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) menggesa agar permohonan dan kelulusan kuota pekerja asing disambung semula dengan segera.
Keterbukaan pentadbiran kerajaan penting untuk capai pertumbuhan ekonomi - FMM
Lebih keterbukaan dalam pentadbiran kerajaan adalah penting untuk memastikan kepercayaan dan kerjasama orang ramai ke arah mencapai pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan secara keseluruhan.
FMM rayu kenaikan surcaj tarif elektrik secara berperingkat
Pihaknya amat prihatin dengan kadar kenaikan surcaj yang ketara dan ingin merayu kepada kerajaan untuk kadar surcaj yang lebih beransur-ansur dan berpatutan bagi meringankan beban kos.
Kenaikan dalam gaji minimum akan menjejaskan pemulihan perniagaan - FMM
Menurut FMM, ia mungkin akan mengakibatkan peningkatan kos yang mendadak dan menjejaskan pemulihan perniagaan untuk tahun 2022.
NCCIM lantik Datuk Low sebagai presiden baharu
Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) telah melantik Datuk Low Kian Chuan sebagai presiden baharunya, berkuat kuasa Isnin, menggantikan Tan Sri Ter Leong Yap.
Dakwaan kilang sumber utama jangkitan COVID-19 tidak benar - Persekutuan pekilang
Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) mahu memberi penjelasan mengenai salah tanggapan mengenai dakwaan yang berulang di media bahawa kilang sebagai sumber utama jangkitan COVID-19.
RCEP, CPTPP bakal bawa limpahan keuntungan kepada warga perniagaan - FMM
Apabila kedua-dua perjanjian itu diratifikasi, para pengilang dan pengeluar dijangka menerima limpahan keuntungan daripada kepelbagaian sumber import bagi input dan komponen industri.