awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS susulan jangkaan OPR kekal
Bekas PTD, isteri tiba di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur
UCL: Gol tunggal Caicedo bantu Chelsea tundukkan Pafos
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FMM minta pembukaan semula ekonomi berdasarkan kadar vaksinasi syarikat

Bernama
Bernama
10/08/2021
20:32 MYT
FMM minta pembukaan semula ekonomi berdasarkan kadar vaksinasi syarikat
FMM berpendapat jika pembukaan ekonomi tidak dilakukan, lebih banyak perniagaan akan gulung tikar dan memberi kesan buruk terhadap ekonomi. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) meminta kerajaan untuk membuka semua sektor ekonomi dengan segera berdasarkan kadar vaksinasi syarikat dengan pematuhan ketat terhadap prosedur operasi standard (SOP) dan pekerja menjalani ujian saringan COVID-19 secara berkala.
FMM berpendapat jika ia tidak dilakukan lebih banyak perniagaan akan gulung tikar dan memberi kesan buruk terhadap ekonomi serta risiko mengalami kemelesetan dengan tempoh pemulihan akan mengambil masa yang lama.
"Pihak industri sangat bimbang dengan penutupan operasi sektor bukan penting yang berpanjangan ini yang berlangsung hampir tiga bulan.
"Walaupun FMM mengambil maklum dan menyambut baik kelonggaran diberikan kepada individu yang sudah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19, kami mahu kelonggaran yang sama terhadap sektor peniagaan yang sangat memerlukannya bagi memastikan kelangsungan perniagaan berikutan penutupan perniagaan yang berlarutan," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Selasa.
FMM berkata ia telah terbukti di peringkat global bahawa pelaksanaan vaksinasi yang pantas adalah penyelesaian bagi pembukaan semula ekonomi tanpa mengira ancaman penularan semula varian baharu virus tersebut.
Justeru, susulan daripada peningkatan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah penting bagi kerajaan supaya tidak menghapuskan pengasingan sektor penting dan sektor tidak penting kerana operasi perniagaan saling berkait rapat apabila sektor penting memerlukan sokongan daripada sektor penting untuk perkhidmatan kritikal dan lain-lain.
"Banyak usaha, masa dan sumber kewangan telah digunakan oleh majikan untuk meningkatkan vaksinasi di perusahaan mereka kerana mereka menyedari bahawa itu adalah satu-satunya jalan untuk kembali normal dalam operasi dan kemampanan perniagaan mereka," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#FMM
#PICK
#SOP
#vaksin
#varian baharu
#pembukaan semula ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan