Beberapa isu di Cameron Highlands melibatkan kelancaran trafik dan kemudahan infra akan ditangani dalam masa terdekat.
Penyelaras Barisan Nasional (BN) Parlimen Cameron Highlands, Datuk Sivarraajh Chandran berkata, ia dilihat plafform dan asas bagi menampung peningkatan pelancong sekali gus mengurangkan beban penduduk tempatan.
"Permasalahan trafik menjadi sesuatu yang membebankan terutama menjelang musim cuti sekolah dan waktu-waktu puncak perayaan di negara ini.
"Kerajaan sudah membuat pelbagai penambahbaikan dari aspek jalan raya dan akan mengkaji beberapa cadangan untuk memastikan pengunjung mendapat akses perjalanan mudah ke destinasi pelancongan di Cameron Highlands.
"Isu peningkatan berganda kenderaan pada waktu berkenaan sehingga menyebabkan kesesakan jalan juga akan dikaji dan penyelesaian akan memberi lebih kemudahan kepada pengunjung," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.
BACA: 'Dr Subra beri 'signal' jelas Cameron Highlands milik MIC'
BACA: MIC yakin kerusi Cameron Highlands miliknya
Buat masa ini, jelas Sivarraajh yang juga Ketua Pemuda MIC, paling penting adalah mengikuti arahan pihak berkuasa agar sentiasa berhemah dan berwaspada, memerhatikan dengan cermat pengguna jalan raya lain serta tidak menjadi punca berlakunya kesesakan dan mengelak kemungkinan terlibat kemalangan.
Dalam pada itu katanya, beberapa kemudahan infra di Cameron Highlands juga harus ditambah demi mengurangkan beban kepada penduduk tempatan.
"Dari sudut pertanian, Cameron Highlands kini menyumbang kira-kira RM5 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
"Dari sudut pelancongan pula, kemasukan kira-kira 20,000 pelancong setiap minggu ke Cameron Highlands menjadi asas kukuh meningkatkan kemudahan infra di kawasan berkenaan.
"Kecemerlangan itu akan memastikan Cameron Highlands terus menjadi salah satu destinasi pelancongan penting dalam negara," ujarnya.
Oleh itu katanya, infra kelas pertama akan menjamin peningkatan produktiviti penduduk tempatan selain memberi pulangan hasil serta promosi kepada produk di kawasan berkenaan.
"Ia bakal menjadi platform sekali gus kelebihan dalam mengintegrasikan ekonomi dengan memperkukuhkan hubungan perdagangan dan perniagaan penduduk dengan pengunjung.
"Ia juga boleh mengembangkan dan mengukuhkan rangkaian pengeluaran dan permintaan produk dan perkhidmatan di Cameron Highlands dan meningkatkan keterangkuman, produktiviti, daya saing yang merangsang aktiviti ekonomi setempat," jelasnya.
Astro Awani
Sun Mar 25 2018
SIVARRAAJH: Permasalahan trafik menjadi sesuatu yang membebankan terutama menjelang musim cuti sekolah dan waktu-waktu puncak perayaan di negara ini. - Gambar fail
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.
50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.
Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.
Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid
Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 Barisan Nasional (BN) akan diadakan pada 7 Dis ini, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.
BN Perlis diyakini bangkit semula pada PRU16
Zambry yakin rakyat sudah mulai membuat perbandingan dan melihat prestasi wakil rakyat dalam Kerajaan Perpaduan pada masa ini.
Contohi tindakan Hajiji serah siasatan isu rasuah kepada SPRM - Ahmad Zahid
Tindakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah harus dicontohi.