awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Food Flotilla for Myanmar: Misi tertangguh 10 jam akibat tali tersangkut di kipas enjin

Hilal Azmi
Hilal Azmi
04/02/2017
05:07 MYT
Food Flotilla for Myanmar: Misi tertangguh 10 jam akibat tali tersangkut di kipas enjin
Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, kapal tersebut terpaksa berlabuh di Pelabuhan Utara bagi membolehkan masalah tersebut diselesaikan. - Foto Bernama
Misi kemanusiaan 'Food Flotilla for Myanmar' menghadapi cabaran selepas tertangguh lebih 10 jam di Pelabuhan Klang akibat tali sepanjang 10 meter tersangkut pada kipas enjin kapal Nautical Aliya.
Ketua misi, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, kapal tersebut terpaksa berlabuh di Pelabuhan Utara bagi membolehkan masalah tersebut diselesaikan.
"Perjalanan tertangguh akibat tali tersangkut pada kipas kapal, tetapi kami tidak mensia-siakan masa yang ada.
"500 tan lagi bahan bantuan dibawa masuk yang merangkumi kit kebersihan, beras dan selimut sepanjang proses mengeluarkan tali yang tersangkut dijalankan.
"Perjalanan diteruskan pada jam 7:05 pagi dan misi ini dijangka akan berada di Laut Andaman pada Isnin pagi," katanya dalam sidang media di sini pada Sabtu.
Menurut Presiden Kelab Putera 1 Malaysia (KP1M) itu, dua kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan sebuah kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengiringi kapal Nautical Aliya sehingga ke Laut Antarabangsa.
Pada masa sama, cuaca di sepanjang perjalanan dijangka baik.
Topic Berkaitan
#bantuan kemanusiaan
#Food Flotilla For Myanmar
#pelabuhan utara
#tertangguh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan