awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
Waris Sultan Zainal Abidin III diminta tampil, selesai tuntutan tanah pusaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Format baharu pengisytiharan harta dikuatkuasakan dalam masa terdekat

Sinar Harian
Sinar Harian
26/03/2024
04:47 MYT
Format baharu pengisytiharan harta dikuatkuasakan dalam masa terdekat
Azalina berkata, JKKTN sebelum ini telah bersetuju untuk cadangan penambahbaikan format pengisytiharan harta. - Gambar fail/Bernama
SHAH ALAM: Pengisytiharan harta bagi anggota pentadbiran dan ahli Parlimen yang dicadangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) akan dikuatkuasakan menggunakan format baharu dalam masa terdekat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, JKKTN sebelum ini telah bersetuju untuk cadangan penambahbaikan format pengisytiharan harta.
“Bagaimanapun, format pengisytiharan harta sedia ada hendaklah ditambahbaik agar maklumat yang diberikan tepat dan telus sebelum pengisytiharan harta dilaksanakan semula.
“Susulan daripada keputusan tersebut, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 12 Julai 2023 bersetuju supaya format pengisytiharan harta baharu yang lebih komprehensif disediakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai langkah penambahbaikan,” dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat pada Isnin.
Beliau berkata demikian susulan menjawab persoalan yang dikemukakan oleh Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muda-Muar) berhubung pengisytiharan harta Perdana Menteri dan Menteri Kabinet yang masih belum dilaksanakan.
Sebelum ini, pada Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Antirasuah (JKKMAR) Siri ke-17 yang diadakan pada 6 Julai 2023 dan dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah bersetuju agar semua anggota pentadbiran mengisytiharkan harta.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Azalina Othman
#Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional
#format baharu
#pengisytiharan harta
#Dewan Rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan