
Volkswagen sudah menampilkan kepada kita rekabentuk terbaharu SUV Tiguan di pameran kereta Frankfurt yang sedang berlangsung sekarang. Terdapat tiga variasi yang ada – model biasa, R-Line yang lebih ‘sporty’, dan juga yang dikhaskan untuk tugas mencabar di atas permukaan lasak.

Sebagai tambahan VW juga ada membawa konsep Tiguan GTE yang menggunakan sistem pacuan hibrid ‘plug-in’ dengan kuasa 215hp untuk membayangkan perkembangan masa hadapan SUV ini.
Sekarang Tiguan adalah SUV pertama daripada Kumpulan Volkswagen yang menggunakan platform MQB sepertimana yang digunakan oleh (antara lain) model Golf. Rekaannya adalah lebih menarik berbanding sebelum ini; dan lebih penting adalah ia lebih 50kg lebih ringan dari dahulu.

Tiguan generasi kedua ini turut menawarkan ruang lebih banyak – ruang kargo belakang sebagai contoh, adalah 615 liter. Tetapi dengan menurunkan kerusi di barisan kedua, ruang ini meningkat ke 1,665 liter.
Pilihan enjin pula terdiri daripada lapan, namun tiada butiran tambahan mengenai enjin-enjin ini selain daripada ia mempunyai output-output yang bermula daripada 113hp sehingga 237hp. Kecekapan enjin telah dipertingkatkan sehingga 24%. Kelincahan dan cengkaman datang daripada sistem 4Motion.

Untuk sistem keselamatan aktif dan pasif, ia terdiri daripada
Front Assist (dengan
City Emergency Braking dan
Pedestrian Monitoring),
Lane Assist, dan sistem brek automatik pasca-perlanggaran; dan semuanya dipasang sebagai peralatan standard.