SEPANG: Aktivis Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla berlepas ke Istanbul, Turki, pagi ini.
Kesemua 19 anggota rombongan itu terdiri daripada doktor, aktivis kemanusiaan dan pengamal media.
Misi kemanusiaan ini bersatu di bawah gerakan Freedom Flotilla Coalition (FFC) yang turut meliputi aktivis dari seluruh negara antaranya Turki, Kanada, Itali, Australia, Norway, Afrika, Sweden.
Menurut Pengerusi Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Datuk Seri Ir Dr Kamal Nasharuddin Mustapha, harapan tinggi semoga misi ini berjalan lancar disandarkan kesemua anggota misi kemanusiaan dari Malaysia.
Sehubungan itu, Dr Kamal Nasharuddin mengharapkan seluruh rakyat Malaysia mengiringi perjalanan bantuan kemanusiaan ini dengan doa.
“Kami mengharapkan agar seluruh rakyat Malaysia mendoakan kejayaan misi ini agar bantuan yang dibawa sampai ke perairan Gaza.
“Objektif utama MyCARE menyertai misi flotilla ke Gaza adalah untuk membawa harapan masyarakat antarabangsa tanpa mengira agama dan bangsa dalam usaha untuk membebaskan Palestin daripada penindasan Zionis Israel,” kata beliau kepada Astro AWANI ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, hari ini.
Dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla ini, sebanyak tiga buah kapal termasuk sebuah kapal kargo 5,000 tan dan dua kapal penumpang yang boleh memuatkan lebih 1,000 orang akan berlepas ke perairan Gaza.
Kapal-kapal ini akan membawa bantuan kemanusiaan yang mendesak seperti bantuan perubatan, pek makanan, pakaian, khemah perlindungan dan beberapa buah kenderaan termasuk lapan buah ambulans.
Wartawan Astro AWANI, Syaff Shukri dan jurukamera, Ab Uzza Latif turut serta dalam misi ini dan akan membawakan perkembangan terkini dari semasa ke semasa.
Nursyazwani Saiful Sham
Thu Apr 18 2024
Aktivis Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla berlepas ke Istanbul, Turki, pagi ini. - Gambar Astro AWANI
Menyamar pegawai NSRC: ABM dan AIBIM gesa orang ramai hati-hati
Persatuan Bank-Bank dalam Malaysia (ABM) dan Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) menggesa orang ramai supaya lebih berhati-hati.
Malaysia yakin capai 50 peratus tahap sara diri sektor daging 2030 - Mohamad Sabu
Negara yakin capai sasaran 50 peratus tahap sara diri (SSL) bagi sektor daging lembu menjelang 2030, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
UUM diiktiraf universiti awam nombor satu di Malaysia
Pengiktirafan yang diumumkan itu membolehkan UUM berada di tangga ke-71 terbaik dunia berbanding tangga ke-95 pada tahun lalu.
Bekas Pegawai tinggi Pertubuhan Peladang didakwa rasuah
Seorang pegawai hal ehwal ekonomi Lembaga Pertubuhan Peladang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh kerana didawka menerima suiapan dan membuat tuntutan palsu RM64,550 sejak empat tahun lalu.
Bakal jemaah terkandas, kerajaan, TH cari jalan penyelesaian terbaik
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Lembaga Tabung Haji (TH) masih dalam proses mencari jalan terbaik bagi membantu menyelesaikan isu melibatkan sekumpulan bakal jemaah Malaysia terkandas.
'Geng Bala' perdagang manusia untuk seks tumpas
Sindiket pemerdagangan manusia untuk eksploitasi seks tumpas dengan penahanan lapan individu termasuk ketua sindiket dalam enam serbuan berasingan di sekitar kawasan Johor Bahru dan Kulai.
Pengguna ChatGPT percuma boleh guna GPTs, GPT Store
Pengguna percuma juga boleh memuat naik dokumen dan meminta ChatGPT untuk merumuskannya.
Anwar terus guna platform dunia selar sikap prejudis kuasa besar
Anwar berkata sikap prejudis kuasa besar dunia jelas kelihatan, kerana cenderung menyokong sesuatu yang dilihat selari dengan agenda mereka.
Ahli perniagaan bergelar 'Datuk' mengaku tidak bersalah guna dokumen palsu
Seorang ahli peniagaan bergelar 'Datuk' mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan menggunakan dokumen yang dipalsukan pada Jun tahun lepas.
AWANI Ringkas: Pergaduhan Piala Belia, FAM ambil tindakan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Serangan Israel di Rafah tidak boleh diterima - AS
Keputusan Israel untuk merampas, menyerang dan mengawal lintasan Rafah sesuatu yang tidak boleh diterima.
Mesir-Perancis bincang gencatan senjata, bantuan kemanusiaan di Gaza
Mereka menekankan keperluan segera untuk gencatan senjata dan membincangkan beberapa inisiatif yang bertujuan menyelesaikan krisis tersebut.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
Peserta Gaza Freedom Flotilla dari Malaysia tiba di Istanbul
Seramai 1,000 peserta telah dipilih termasuk 20 orang daripada Malaysia terdiri daripada pengamal media, doktor dan aktivis kemanusiaan.
Freedom Flotilla ke Gaza: Aktivis Malaysia berlepas ke Istanbul
Kesemua 19 anggota rombongan itu terdiri daripada doktor, aktivis kemanusiaan dan pengamal media.
Misi Freedom Flotilla ke Gaza berlepas Khamis ini
Tiga buah kapal termasuk sebuah kapal kargo 5,000 tan dan dua kapal penumpang yang boleh memuatkan lebih 1,000 orang akan terlibat dalam misi ini.
UK beri amaran kebuluran di Gaza, umum hantar bantuan kemanusiaan
"Warga Gaza sedang menghadapi krisis kemanusiaan yang meruncing dan terdapat keperluan untuk memastikan bantuan dapat disampaikan kepada mereka."
Malaysia sedia berikan bantuan tambahan bagi misi kemanusiaan rakyat Palestin
Kerajaan menyatakan kesediaan memberikan bantuan tambahan bagi misi kemanusiaan untuk rakyat Palestin.
PBB henti sementara bantuan kemanusiaan Gaza pada waktu malam
Ia untuk menilai isu keselamatan berikutan pembunuhan kakitangan badan amal makanan World Central Kitchen (WCK).
Misi Bantuan Kemanusiaan 100 Kontena Malaysia ke Gaza: UMNO sumbang RM1 juta
Ahmad Zahid berharap sumbangan itu dapat membantu rakyat Palestin terutama ketika sedang menempuh Ramadan dan Syawal yang bakal tiba.