awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sean ‘Diddy’ Combs fail rayuan mohon dibebaskan segera dari penjara
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FRIM kenal pasti 25 spesies tumbuhan ubatan untuk prototaip

Bernama
Bernama
19/12/2016
07:20 MYT
FRIM kenal pasti 25 spesies tumbuhan ubatan untuk prototaip
Hutan di negara ini menyimpan pelbagai khazanah berharga dari aspek penyelidikan dan perubatan. - Gambar fail
Sebanyak 25 spesies daripada 500 tumbuhan ubatan dikenal pasti untuk dibangunkan sebagai produk prototaip yang boleh dikomersialkan, sidang Dewan Negara diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Hamim Samuri berkata spesies itu kini dianalisis dan diuji oleh Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).
"Ujian itu antara lain meliputi fitokimia (ujian kimia), penentusahkan aktiviti biologi, antidiabetik, antioksidan, antimikrob, antikanser, antiprotozal dan tahap keselamatan," katanya.
Beliau menjawab soalan asal Senator Isa Ab Hamid mengenai usaha mempaten produk herba Orang Asli oleh FRIM dan jumlah produk yang telah dipatenkan dan dikomersialkan.
Hamim berkata untuk rekod, dua produk prototaip 'Semelai Secret' daripada pengetahuan tradisi kaum Semelai telah dibangunkan berdasarkan projek perintis pada tahun 2013 hingga 2014.
Tiga produk prototaip "Pengloy Semai" daripada pengetahuan tradisi kaum Semai telah dibangunkan dari tahun 2014 hingga tahun ini, katanya sambil menambah, FRIM juga telah mendokumenkan pengetahuan tradisi 17 daripada 18 subetnik Orang Asli di Semenanjung Malaysia.
Hamim berkata aktiviti dokumentasi itu adalah satu daripada inisiatif bagi memelihara pengetahuan tradisi Orang Asli berkaitan tumbuhan ubatan yang mempunyai nilai ekonomi dan menghalang kecurian bio dan salah guna.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#antioksida
#FRIM
#Herba
#Orang Asli
#penyelidikan
#tumbuhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan