SUNGAI PETANI:Seorang petugas barisan hadapan berusia 43 tahun, cedera parah di bahagian lutut selepas terlanggar tembok batu pembahagi jalan di Jambatan Kuala Lesong, Bukit Selambau pada Sabtu.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, mangsa yang bertugas sebagai Pembantu Pegawai Perubatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) difahamkan sedang dalam perjalanan untuk ke tempat kerjanya dari arah Felda Teloi Kanan.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Adzli Abu Shah menjelaskan ketika tiba di lokasi, mangsa telah melanggar tembok pembahagi jalan yang berada di atas jambatan berkenaan.
Menurutnya, memandangkan jarak terlalu dekat, mangsa tidak sempat menekan brek dan terus merempuh pembahagi jalan tersebut yang mana menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di bahagian tempurung lutut dan kini dirawat di HSAH.
Tambah Adzli, ketika membuat lawatan di lokasi kejadian, pihaknya mendapati terdapat papan tanda ‘AWAS’ dari daerah Baling serta papan tanda ‘Jalan Ditutup’ diletakkan kira-kira satu kilometer dari jambatan berkenaan.
Bagaimanapun, kadar atau tahap pencahayaan di lokasi kejadian kemalangan itu adalah gelap dan siasatan lanjut masih lagi dijalankan.
Sementara itu, menurut saksi kejadian, Mohd Ghazali Nayan, 45 tahun, keadaan di lokasi kejadian amat gelap ketika kejadian berlaku.
"Masa kejadian tu berlaku abang (ke sini sebelum pergi menoreh) ada lima hingga enam orang berkumpul, dalam keadaan yang gelap.
“Saya pun pergi tengok motosikal yang remuk nampak ada seorang lelaki yang tersadai.
“Saya bertanya di mana dia bertugas, dia menjawab di Hospital Sungai Petani,” katanya.
Sebagai penoreh getah yang menggunakan jalan itu setiap hari, Ghazali berharap agar pihak berkuasa dapat melakukan tindakan segera terutama memasang lampu di tembok penghadang jalan berkenaan bagi mengelakkan kejadian sama berulang.
Abdul Hadi Che Awang
Sat Jan 23 2021
Mangsa yang bertugas sebagai Pembantu Pegawai Perubatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) difahamkan sedang dalam perjalanan untuk ke tempat kerjanya dari arah Felda Teloi Kanan. - Astro AWANI
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Vaksinasi: Majoriti petugas barisan hadapan yang dijangkiti COVID-19 hanya bergejala ringan - Dr Hishamshah
Majoriti petugas barisan hadapan yang dijangkiti COVID-19 selepas menerima vaksin tidak mengalami jangkitan serius.
Dugaan 'frontliner', van jenazah Abam Botak terlibat kemalangan
Sebelum kemalangan, mereka baru sahaja selesai menghantar dan menguruskan jenazah di tanah perkuburan Islam Kampung Bokara, Batu Sapi.
VITAGEN sumbang 30,000 minuman susu kultur probiotik hargai barisan hadapan
Jay Queen berkata, program tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu akan terus diperluas sebagai usaha pihaknya melahirkan rakyat dan negara yang sihat.
ATLAS dan PepsiCo menyegarkan barisan hadapan melalui mesin minuman
Sebanyak 18 mesin layan diri diletakkan di hospital sekitar Lembah Klang, Kelantan dan Muar dengan variasi minuman kegemaran rakyat Malaysia.
Petugas KKM dilarang buat pernyataan awam tanpa kebenaran
Kenyataan KKM merujuk kepada ciapan di media sosial mengenai proses pemberian vaksin yang didakwa ditulis oleh petugas kesihatan KKM.
126,000 individu disuntik vaksin COVID-19 setiap hari bermula hujung Feb - Dr Adham
KKM menjangkakan 126,000 individu mampu diberikan suntikan vaksin COVID-19 setiap hari di 600 lokasi vaksinasi di seluruh negara, bermula akhir bulan ini.
Bayaran 'one-off' RM500 petugas barisan hadapan KKM bermula 1 Mac
Menteri Kesihatan Malaysia Datuk Seri Dr Adham Baba berharap pemberian ini dapat menyuntik semangat petugas barisan hadapan KKM.
Lebih ramai sukarelawan diperlukan untuk bantu barisan hadapan
Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Negeri Selangor mengalu-alukan penyertaan lebih ramai sukarelawan untuk membantu barisan hadapan di negeri berkenaan.
'Frontliner' cedera parah, langgar tembok batu pembahagi jalan
Mangsa yang bertugas sebagai Pembantu Pegawai Perubatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) difahamkan sedang dalam perjalanan untuk ke tempat kerjanya dari arah Felda Teloi Kanan.
COVID-19: CAC cadangan yang baik namun menguruskannya lebih penting- Pakar
KKM perlu menambah kakitangan dalam kadar segera terutamanya selepas lebih banyak Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) bakal dibuka selepas ini.