awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rubio nafi penahanan Maduro bermotifkan minyak, tegas tindakan AS tidak langgar undang-undang
Isu putus atau bergabung perlu dibincang secara matang, bukan terburu-buru - Azalina
Bekas Pengarah Eksekutif hadapi 11 tuduhan sebabkan kerugian salah kepada syarikat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FRU, Unit Berkuda Bukit Aman rampas rokok seludup RM2 juta, tahan 2 lelaki

Siti Nur Aqilla Omar
Siti Nur Aqilla Omar
24/09/2022
14:01 MYT
FRU, Unit Berkuda Bukit Aman rampas rokok seludup RM2 juta, tahan 2 lelaki
Dalam operasi jam 1.30 pagi itu, polis turut menahan pemandu lori terbabit serta seorang tonto. - Gambar/ PDRM
KOTA TINGGI: Polis merampas rokok seludup bernilai hampir RM2 juta selepas menahan sebuah lori di persimpangan lampu isyarat Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi, di sini, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora berkata dalam operasi jam 1.30 pagi itu, pasukan Unit Risikan dan Unit Berkuda Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Bukit Aman, turut menahan pemandu lori terbabit serta seorang tonto.
"Hasil pemeriksaan di dalam ruangan belakang lori tersebut telah menjumpai 131 kotak besar rokok putih dan 92 kotak besar rokok kretek yang di syaki tiada duti kastam.
"Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM2,006,100. Rokok terbabit dipercayai diseludup dari negara luar melalui jalan laut," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Menurut Hussin, pemandu lori berusia 40-an, manakala tonto terbabit pula berusia berusia 20-an, memandu sebuah kereta Toyota Vios.
Katanya, tonto berkenaan ditahan selepas dia turut berhenti di kawasan itu tidak lama selepas polis menahan lori terbabit.
"Polis memberi amaran keras dan akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana individu yang terlibat dalam aktiviti penyeludupan rokok ini.
"Pihak polis masih menyiasat modus operandi yang digunakan sindiket ini dan tempoh operasi mereka,"katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.
Topic Berkaitan
#rampasan rokok
#rokok seludup
#tonto
#Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan