KUALA LUMPUR: Fasiliti Sokongan Akaun Dua (FSA2) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bukan berbentuk cagaran oleh peminjam terhadap pihak bank, kata Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan.
Beliau berkata pihak bank tidak boleh menggunakan simpanan peminjam KWSP sekiranya ahli atau peminjam gagal membayar ansuran pinjaman mereka.
"Cagaran maksudnya (pihak bank) mempunyai hak untuk menguatkuasakan cagaran apabila berlaku kegagalan daripada pihak peminjam, maksudnya jika pinjam RM5,000, tak bayar, serta-merta ambil RM5,000.
"Tetapi FSA2 ini bukan cagaran, pemberi pinjaman iaitu bank tidak boleh menggunakan simpanan KWSP sekiranya ahli gagal membayar ansuran pinjamannya.
"Ahli mempunyai hak untuk membuat pengeluaran apabila mencapai umur 50 atau 55 tahun kerana ahli masih dilindungi di bawah Seksyen 51 Akta KWSP 1991," katanya ketika menggulung usul pengeluaran lanjutan KWSP di Dewan Negara, hari ini.
Terdahulu, usul bagi membahaskan pengeluaran lanjut KWSP dikemukakan Senator Datuk Razali Idris, mengikut Perkara 17 (1) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Negara.
Bagaimanapun, usul dibawa Razali yang telah dibahas oleh 12 ahli Dewan Negara ditolak.
Dalam pada itu, Ahmad turut menjelaskan bahawa kerajaan tidak membenarkan pengeluaran bersasar KWSP buat kali yang kelima kerana bertanggungjawab untuk menjaga kebajikan rakyat.
"Kalau kita hendak popular bagi sahaja (luluskan) semua pengeluaran, keluarkan sahaja RM5,500 atau RM3,300 sampai kosong tetapi kerajaan ini kerajaan bertanggungjawab sebab itulah kita tidak benarkan," katanya.
Persidangan Dewan Negara bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 10 2023
Ahmad menjelaskan kerajaan tidak membenarkan pengeluaran bersasar KWSP buat kali yang kelima kerana bertanggungjawab untuk menjaga kebajikan rakyat. - Gambar fail/ Bernama
MUDA dan PSM umum tidak bertanding
Parti Muda dan PSM umum tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Kubu Bharu pada 11 Mei depan.
18 negara tuntut pembebasan warga ditahan Hamas
Pemimpin 18 negara menuntut agar Hamas membebaskan tahanan yang berada dalam jagaan mereka yang kini telah melepasi 200 hari.
Rampasan dadah bernilai RM10.1 juta dari Januari hingga Mac
Polis Kuala Lumpur rampas pelbagai jenis dadah bernilai RM10.1 juta sepanjang tiga bulan pertama tahun ini.
SPR lakukan persiapan akhir
SPR giat melakukan persiapan akhir bagi memastikan proses penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu esok berjalan lancar.
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City | DagangNews
Gabung 'soft' dan 'hard policy' untuk didik masyarakat tentang pemakanan sihat - Pakar
Kos sara hidup yang tinggi menjadi antara faktor kenapa masyarakat lebih memilih makanan kurang sihat kerana harganya yang lebih murah.
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
AWANI Ringkas: Ketelusan boleh elak pembaziran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
Akaun Fleksibel KWSP: Pengeluaran tahun pertama dianggarkan cecah RM25 bilion
Akaun 3 KWSP yang menjadi tumpuan ramai, dikenali sebagai Akaun Fleksibel dan merupakan pilihan bagi sejumlah 16.07 juta ahli.
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
KWSP tidak lagi jadi pemegang saham utama Affin Bank, buka laluan kepada Sarawak
Pelupusan saham Affin Bank oleh KWSP berlaku pada 12 April, namun tidak dinyatakan nilai urus niaga itu.
Lebih 200,000 pencarum KWSP cukup simpanan asas menjelang usia 55 tahun
Dewan Negara hari ini diberitahu terdapat 227,000 pencarum KWSP mempunyai simpanan asas sekurang-kurangnya RM240,000 dalam Akaun 1 menjelang usia 55 tahun, setakat Februari lepas.
AmanahRaya perjelas isu wang caruman ahli KWSP
Kandungan mesej berkaitan penamaan bagi caruman ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang kini tular melalui aplikasi WhatsApp adalah tidak benar.
KWSP peruntuk RM250 juta, pacu pertumbuhan syarikat pertengahan
Usahasama ini sebahagian komitmen KWSP meningkatkan pelaburan dalam pasaran domestik, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai pelabur terbesar dalam pasaran domestik.
Hapus skim pencen, Cuepacs tidak tolak secara total
Cuepacs tidak menolak secara total cadangan kerajaan untuk memansuhkan skim pencen, yang kononnya membebankan kerajaan.
Caruman PERKESO, KWSP antara cadangan pindaan peraturan Finas
Finas sedang melaksanakan pindaan kepada Peraturan-Peraturan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Pelesenan) 1983 dalam usaha menjaga kebajikan penggiat industri veteran.
Isu pencen: 'Ucapan Abdul Hadi tidak tepat, kelirukan orang ramai' - Nik Nazmi
Ucapan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang berkaitan isu pencen penjawat awam mengelirukan orang ramai, kata Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nik Nazmi Nik Ahmad.