awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Seorang maut akibat virus Nipah di Bangladesh - WHO
Sivasangari mara ke suku akhir Terbuka Windy City
Pentagon tamatkan program latihan dan felo dengan Harvard, kata Hegseth
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Full Moon' Pulau Perhentian batal, lokasi penganjuran tenang seperti biasa

Astro Awani
Astro Awani
20/04/2016
02:51 MYT
'Full Moon' Pulau Perhentian batal, lokasi penganjuran tenang seperti biasa
Aktiviti lazim di pulau peranginan ini berjalan seperti biasa, tanpa tanda penganjuran pesta. - Foto perhentian.com.my
Pesta 'Full Moon Beach Party' yang dijadual berlangsung di Pulau Perhentian pada malam tadi dibatalkan, dipercayai tidak diteruskan oleh pihak penganjur susulan bantahan dari pelbagai pihak.
Tinjauan dan pemeriksaan pasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Besut mendapati tiada sebarang aktiviti berjalan di kawasan terbabit.
Ops Pesta Liar yang dijalankan sehingga awal Rabu juga mendapati kawasan tapak pesta di Long Beach Pulau Perhentian lengang.
Ketua Polis Daerah Besut, Supt Khaled Che Lah sebelum ini memaklumkan pihaknya menerima lima laporan berhubung penganjuran pesta itu, termasuk dari Pemuda dan Puteri UMNO Besut.
Susulan itu, polis memberi amaran bertindak tegas terhadap kepada penganjur.
Isu mengenai parti liar berkenaan timbul apabila penganjur menggunakan laman sosial Facebook untuk menarik pengunjung.
Ia menjadi kontroversi berikutan penganjuran itu, yang turut menarik minat remaja beragama Islam, dikaitkan dengan aktiviti tidak sihat termasuk pergaulan bebas.
Terdahulu, pihak berkuasa menyatakan bahawa tiada sebarang pihak tampil untuk memohon permit diohon bagi penganjuran pesta itu daripada Majlis Daerah Besut.
Topic Berkaitan
#full moon
#pesta
#pesta batal
#Pulau Perhentian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan