awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
KKM: Kes Tibi meningkat, 2,571 kes direkodkan minggu kelima 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Fun With English' bantu pelajar kuasai bahasa Inggeris

Bernama
Bernama
17/12/2017
20:52 MYT
'Fun With English' bantu pelajar kuasai bahasa Inggeris
Menurut Azlan untuk melaksanakan program FWI, kerajaan negeri akan bekerjasama dengan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Perlis. - Gambar fail
Kerajaan Perlis akan menganjurkan program "Fun With English" (FWI) bagi membantu pelajar meningkatkan penguasaan dalam bahasa Inggeris bermula tahun depan.
Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man berkata, tahap penguasaan subjek berkenaan dalam kalangan pelajar sekolah di negeri ini agak lemah dan ia perlu ditambah baik.
"Ini adalah inisiatif kerajaan negeri dalam membantu pelajar menguasi bahasa yang sangat penting," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kelengkapan sekolah sumbangan Cement Industry of Malaysia Berhad (CIMA) dan UEM Group Berhad di sini, pada Ahad.
Seramai 400 pelajar terpilih di negeri ini menerima sumbangan berbentuk, pakaian, kasut, alatulis dan beg sekolah.
Beliau berkata untuk melaksanakan program FWI, kerajaan negeri akan bekerjasama dengan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Perlis.
Katanya, selain FWI, kerajaan negeri turut merancang pelbagai program lain ke arah menambahbaik mutu pendidikan negeri ke arah melahirkan modal insan cemerlang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Azlan Man
#bahasa Inggeris
#Fun With English
#FWI
#GPMS
#Perlis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan