awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penangguhan hukuman satu petanda positif, peluang Malaysia kini 50-50 - AFC
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
Ketegangan bidang kuasa Persekutuan-negeri seret Petronas ke tengah pertikaian undang-undang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Funikular Bukit Bendera ditutup 5 hingga 11 Jun

Bernama
Bernama
28/02/2024
05:20 MYT
Funikular Bukit Bendera ditutup 5 hingga 11 Jun
PBBPP menjalankan dua penyelenggaraan berjadual utama pada setiap tahun menerusi pengawasan jurutera pengeluar funikular. -Gambar fail/Sinar Harian
GEORGE TOWN: Perkhidmatan funikular Bukit Bendera akan ditutup untuk penyelenggaraan berjadual dwitahunan kedua tahun ini bermula 5 hingga 11 Jun ini dan akan beroperasi semula pada 12 Jun.
Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP) dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya menjalankan dua penyelenggaraan berjadual utama pada setiap tahun menerusi pengawasan jurutera pengeluar funikular, Garaventa AG dari Switzerland.
"PBBPP turut menjalankan pemeriksaan berkala dan penyelenggaraan sistem funikular setiap hari, mingguan dan bulanan, serta pemeriksaan rutin harian selepas tamat waktu operasi funikular Bukit Bendera.
"Penyelenggaraan dan pemeriksaan ini untuk memastikan sistem funikular sentiasa berada dalam keadaan terbaik dan menjalani pemeriksaan yang ketat," menurut kenyataan itu.
PBBPP memaklumkan sepanjang tempoh penutupan, pengunjung boleh memilih menggunakan perkhidmatan jip kendalian Persatuan Pemandu Perkhidmatan Jeep Bukit Bendera di Tempat Letak Kereta Rifle Club di Taman Botani dengan menghubungi 012-4541 255.
Pengunjung juga boleh menggunakan laluan mendaki untuk sampai ke puncak Bukit Bendera semasa tempoh penutupan itu.
Menurut kenyataan itu, untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi PBBPP menerusi talian 04-8288 880 atau e-mel ke [email protected].
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bukit Bendera
#PBBPP
#funikular
#penyelenggaraan berjadual
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan