awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gajah mengamuk bunuh enam orang di timur India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gadai prinsip UMNO jika kerjasama dengan Anwar, DAP - Annuar Musa

Isabelle Leong
Isabelle Leong
27/10/2020
02:33 MYT
Gadai prinsip UMNO jika kerjasama dengan Anwar, DAP  - Annuar Musa
Annuar berkata BN kekal beristiqamah bersama Perdana Menteri dan kerajaan yang diperkenankan. - Gambar Fail
KUALA LUMPUR:Tan Sri Annuar Musa mengingatkan ahli UMNO supaya tidak menggadai prinsip asas parti tersebut, sambil menegaskan kepentingan istiqamah dalam perjuangan parti.
Menerusi satu ciapan di laman Twitter peribadinya hari ini, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) itu menegaskan UMNO bukan sekadar sebuah parti politik, sebaliknya merupakan satu wadah perjuangan.
“Istiqamah besar maknanya dalam perjuangan.
“Usah gadai prinsip asas kerana UMNO itu satu wadah, bukan sekadar sebuah parti politik,” katanya.
Istiqamah besar maknanya dlm perjuangan.Usah gadai prinsip asas kerana umno itu satu wadah,bukan sekadar sebuah parti politik.. https://t.co/dr2qZayx1a pic.twitter.com/HAO4KvU7rp
— Annuar Musa (@AnnuarMusa) October 26, 2020
Dalam hantaran tersebut, Annuar turut mengepilkan berita berhubung sokongan UMNO terhadap kerajaan Perikatan Nasional susulan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang berlangsung hampir empat jam di Menara Dato' Onn, Kuala Lumpur malam tadi.
Dalam satu kenyataan, Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, UMNO mengekalkan keputusan untuk menjalin kerjasama dengan PN tanpa PKR dan DAP.
Sementara itu, dalam satu ciapan berasingan, Annuar berkata BN kekal beristiqamah bersama Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan yang diperkenankan.
BN kekal istiqamah bersama PM.Kerajaan yang di perkenankan.Permuafakatan terus di perkasakan.Pastinya ia mengecewakan Pakatan Harapan.Yg silap kita perbetulkan,yg lemah boleh di perkasakan,yg renggang kita rapatkan...bersama,kita memimpin..pohon kerahmatan https://t.co/PhMpRn8qEr pic.twitter.com/IRIu4jwNk3
— Annuar Musa (@AnnuarMusa) October 27, 2020
Pada Isnin, Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui beliau adalah Ahli Parlimen yang mencadang rundingan dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, seperti mana yang dilaporkan beberapa media sebelum ini.
Bagaimanapun, Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada lewat Isnin memutuskan menolak sebarang kerjasama dengan Anwar dan DAP.
BACA: UMNO terus sokong kerajaan PN, saran agar Rekonsiliasi Nasional segera dilaksanakan
Sementara itu, Annuar dalam satu lagi hantaran berasingan memuji Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang memimpin parti UMNO dalam situasi yang mencabar.
Kata apa saja,namun realitinya @DrZahidHamidi telah menakhodai bahtera umno dlm situasi paling mencabar.Walau tanpa pangkat dan kedudukan,beliau memimpin party dan kembalikan ke tampuk kuasa,memenangi PRK PRN secara berganda,dan parti kekal berperanan besar mensejahterakan negara pic.twitter.com/VgVemcUhGq
— Annuar Musa (@AnnuarMusa) October 26, 2020
“Walaupun tanpa pangkat dan kedudukan, beliau memimpin parti dan mengembalikan kepada tampuk kuasa, memenangi PRK (Pilihan Raya Kecil) dan PRN (Pilihan Raya Negeri) secara berganda dan parti kekal berperanan besar mensejahterakan negara,” katanya.
Topic Berkaitan
#Annuar Musa
#UMNO
#Prinsip
#Anwar Ibrahim
#DAP
#Muhyiddin Yassin
#Zahid Hamidi
#Najib Razak
#pembangkang
#presiden
#kerajaan
#politik
#majlis tertinggi
#Barisan Nasional
#Pakatan Harapan
#Perikatan Nasional
#PKR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan