Penari Bilqis Hijjas yang didakwa berkelakuan menghina bagi membangkitkan kemarahan pada sambutan Hari Kebangsaan lalu, yang turut dihadiri perdana menteri dan isteri, dengan melepaskan belon berwarna kuning, akan mengemukakan surat representasi ke Jabatan Peguam Negara supaya pertuduhan terhadapnya ditarik balik.
Peguam Michelle Yesudas yang mewakili Bilqis, 36, yang dikenali sebagai 'Gadis Belon', memaklumkan kepada Majistret Muhamad Faizal Ismail pihaknya akan menghantar surat itu sebelum 16 Dis depan.
Mahkamah menetapkan 16 Dis ini untuk pengurusan kes bagi mengetahui perkembangan representasi itu dan dua hari untuk perbicaraan kes itu bermula 28 Jan tahun depan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya N.Joy Jothi.
Pada 23 Sept lepas, anak perempuan kepada arkitek terkenal tanah air, Hijjas Kasturi itu mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan berkelakuan dengan cara menghina bertujuan membangkitkan kemarahan di mana keamanan mungkin terganggu di pusat beli-belah, di aras 5, Pavilion, Jalan Bukit Bintang, pada pukul 3.15 petang, 31 Ogos lepas.
Bilqis didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 yang boleh dikenakan denda maksimum RM100, jika sabit kesalahan.
BACA: Solidariti netizen buat Bilqis Hijjas
Pada Hari Kebangsaan 31 Ogos lalu, tujuh belon kuning dilepaskan dari tingkat lima di pusat beli-belah itu sewaktu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor menonton persembahan tarian pembukaan acara DiverseCity 2015: Festival Kesenian Antarabangsa Kuala Lumpur.
Belon yang dilepaskan itu antaranya tertulis perkataan 'Democracy', 'Justice', 'Corruption' dan 'Free Media'.
Bernama
Tue Nov 17 2015
Pada 23 Sept lepas, anak perempuan kepada arkitek terkenal tanah air, Hijjas Kasturi itu mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan berkelakuan dengan cara menghina bertujuan membangkitkan kemarahan. - Gambar Fail
Nahas helikopter Lumut: Khidmat kaunseling diteruskan bergantung keperluan - Noraini
Hasil pemerhatian mendapati waris mangsa masih bersedih, namun kuat semangat untuk menerima kejadian yang menimpa ahli keluarga mereka.
TH tanggung lebih RM350 juta kos tunai haji tahun ini
Lembaga Tabung Haji menanggung lebih RM350 juta membabitkan kos menunaikan haji menerusi Bantuan Kewangan Haji pada tahun ini.
Mesyuarat Khas WEF, Perdana Menteri dan Pemimpin Dunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan ucapan dalam Sidang Plenari Pembukaan Mesyuarat Khas World Economic Forum (WEF) di Arab Saudi. Ikuti analisis menyeluruh bersama Penganalisis Ekonomi, Fithra Faisal Hastiadi; Ketua Pengarang Astro AWANI, @AshwadIsmail; dan Pengarang Niaga AWANI, @NajibAroff #BuletinAWANIKhas
Hubungan bilateral ASEAN tetap kukuh walaupun mungkin ada perbezaan- Anwar Ibrahim
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara tiada masalah menjalin hubungan dengan anggota ASEAN sebagai satu kumpulan walaupun mungkin terdapat perbezaan. Beliau berkata demikian ketika bercakap di World Economic Forum pada Ahad.
Amang seksual: Inspektor polis akan ditahan kerja
Pegawai polis berpangkat inspektor yang ditahan selepas disyaki melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja dikenakan tindakan tahan kerja.
Pelaburan dari negara luar, negara harus menyahut cabaran baharu-Anwar Ibrahim
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bercakap di World Economic Forum pada Ahad mengakui bahawa dengan pelaburan daripada negara-negara luar, pelbagai cabaran yang baharu Kerajaan Malaysia harus sahut.
Sultan Terengganu kurnia darjah kebesaran kepada 104 individu
Sultan Terengganu berkenan mengurniakan Bintang-bintang Darjah Kebesaran Negeri Terengganu Darul Iman kepada 104 individu di Istana Syarqiyyah, hari ini.
WEF: Piawaian ekonomi mampan harus adil, saksama kepada negara membangun - Tengku Zafrul
Transisi ke arah ekonomi yang mampan harus dilaksanakna secara saksama dan adil, kata Menteri Perdagangam Pelaburan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Nahas helikopter Lumut: Raja Permaisuri Agong santuni keluarga Mohammad Amirulfaris
Raja Permaisuri Agong berkenan menyantuni keluarga Allahyarham Mohammad Amirulfaris yang terkorban dalam tragedi dua helikopter terhempas di Lumut.
Polis rampas dadah lebih RM2.3 juta, lelaki tempatan ditahan
Polis Johor merampas dadah bernilai lebih RM2.3 juta dalam dua serbuan berasingan di sekitar kawasan Johor Bahru Selatan pada Rabu lalu.