NATIONAL
Gaduh rebut parkir, dua wanita ditahan

Rakaman video berdurasi 25 saat memaparkan dua wanita bergaduh sambil mengeluarkan kata-kata kesat dipercayai berpunca daripada berebut parkir di sebuah pasar raya. -Facebook
KEPALA BATAS: Polis menahan dua wanita bagi membantu siasatan berkaitan insiden pergaduhan dipercayai kerana berebut petak letak kenderaan di sebuah pasar raya di sini.
Ringkasan AI
- Polis menahan dua wanita berusia 25 dan 38 tahun untuk membantu siasatan berkaitan insiden pergaduhan yang dipercayai berpunca daripada berebut tempat parkir di sebuah pasar raya.
- Wanita-wanita tersebut disiasat di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana melakukan gaduh gempar dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 kerana berkelakuan kurang sopan di tempat awam.
- Polis juga menjalankan siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
"Mereka disiasat di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana melakukan gaduh gempar dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 kerana berkelakuan kurang sopan di tempat awam," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata polis turut menjalankan siasatan kes itu mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian mewujudkan apa-apa komen dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiaya atau mengugut atau mengganggu orang lain.
Anuar meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian untuk menyalurkan kepada Pegawai Penyiasat Inspektor Nursyahirah Sarahani melalui talian 04-576 2222 (sambungan 2275) atau tampil ke balai polis untuk membantu siasatan.
Semalam, tular satu rakaman video berdurasi 25 saat memaparkan dua wanita bergaduh sambil mengeluarkan kata-kata kesat dipercayai berpunca daripada berebut parkir di sebuah pasar raya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami