awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Myanmar jalankan pilihan raya pertama selepas lima tahun di bawah pemerintahan tentera
Empat warga Sepanyol hilang selepas bot karam di perairan Indonesia
Perniagaan Jepun terjejas akibat pengurangan pelancong China
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gaduh suami isteri, bayi tercurah minyak panas

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
11/02/2022
23:00 MYT
Gaduh suami isteri, bayi tercurah minyak panas
Buat masa ini bayi itu masih dirawat di Hospital Melaka dan siasatan lanjut berhubung kes berkenaan sedang dilakukan. - Gambar hiasan
MELAKA TENGAH: Pertengkaran sepasang suami isteri bertukar tragedi selepas bayi mereka yang baharu berusia empat bulan terkena curahan minyak panas, di sebuah rumah di Semabok, di sini.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang Jumaat itu, mangsa dikatakan terpaksa dikejar ke hospital selepas mengalami kecederaan.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, bapa bayi berkenaan yang berusia 24 tahun turut ditahan dalam insiden tersebut.
“Laporan awal diterima kira-kira jam 5.50 petang oleh orang awam yang memaklumkan ada pergaduhan suami isteri yang mana anaknya disimbah air panas.
“Suspek bagaimanapun mengaku bayinya terkena minyak panas,” katanya ringkas ketika dihubungi.
Beliau berkata buat masa ini bayi itu masih dirawat di Hospital Melaka dan siasatan lanjut berhubung kes berkenaan sedang dilakukan.
Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Mohd Noor Helmy Abdul Halem dalam satu hantaran di Facebook rasminya berkongsi kejadian berkenaan dan mendapat perhatian warga net.
Katanya, bayi berkenaan kini masih menerima rawatan di Zon Kuning Hospital Melaka.
Topic Berkaitan
#suami isteri gaduh
#minyak panas
#Hospital Melaka
#Mohd Noor Helmy Abdul Halem
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan