awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
Clinton setuju beri keterangan dalam diasatan Dewan Perwakilan berkaitan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gagal bayar cukai RM77,000, Iqram Dinzly diisytihar muflis

Astro Awani
Astro Awani
15/01/2019
03:44 MYT
Gagal bayar cukai RM77,000, Iqram Dinzly diisytihar muflis
Perkembangan itu dikongsi oleh Iqram atau nama sebenarnya Muhammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin di Instagram peribadinya. - Gambar fail
Kegagalan melunaskan cukai pendapatan berjumlah RM77,000 membawa padah buat pelakon Iqram Dinzly yang diisytihar muflis.
Aktor kontroversi berusia 38 tahun itu dimaklumkan mengenai hal itu oleh peguam Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di Mahkamah Majistret, Ipoh pada Isnin.
Perkembangan itu dikongsi oleh Iqram atau nama sebenarnya Muhammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin di Instagram peribadinya.
“Saya sampai lambat, jadi peguam LHDN hanya serahkan keputusan mahkamah. Saya tak tahu nak cakap apa. Mahkamah sudah putuskan, jadi saya kena terima.
“Lagi pula saya memang tak mampu nak bayar dan tak boleh nak buat apa-apa. Cuma sekarang, saya kena cari jalan macam mana nak selamatkan aset yang ada seperti rumah dan kereta. Ini saja yang tinggal.
“Diakui apa yang berlaku atas silap sendiri, tetapi jujur saya katakan selama ini memang tidak tahu prosedur pembayaran. Saya hanya tahu kumpul resit saja,” kata Iqram seperti dilapor portal Harian Metro.
Notia pemberitahuan mengenai bayaran cukai pendapatan berjumlah RM200,000 itu, jelasnya, diterima sejak tiga tahun lalu.
Katanya, jumlah itu dikira sepanjang 10 tahun pembabitannya dalam bidang lakonan.
“Selepas dapat notis saya terus disenarai hitam. Ketika itu, saya melantik ejen untuk berurusan dengan pihak LHDN. Dapatlah kurangkan hingga RM67,000.
“Namun, saya diperintahkan ke Mahkamah Majistret Ipoh tahun lalu dan diarahkan membayar jumlah itu dalam tempoh tiga bulan.
“Dua minggu lalu, saya pergi ke pejabat LHDN di Jalan Duta bagi berbincang sekali lagi. Hasil perbincangan negatif. Mereka cakap saya tiada inisiatif untuk membayar.
“Disebabkan itu, jumlah meningkat semula kepada RM77,000 dan saya diberi tempoh 10 hari untuk menjelaskannya. Jika gagal, saya diisytihar muflis,” lapor portal itu lagi.
Topic Berkaitan
#cukai
#Instagram
#Iqram Dinzly
#kereta
#LHDN
#mahkamah
#Mahkamah Majistret
#Muhammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin
#rumah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan