PUTRAJAYA: Marah, kecewa dan sedih. Itulah luahan perasaan bakal jemaah umrah apabila gagal 'diterbangkan' oleh agensi umrah dan pelancongan seperti yang dijanjikan.
Ahmad Saifulrizan Mohd Puad ketika ditemui Sinar Harian di ibu pejabat agensi tersebut dekat sini pada Selasa berkata, beliau sepatutnya terbang ke Arab Saudi bersama 10 ahli keluarga lain pada hari ini.
"Sehingga sekarang, kami tidak mengetahui dengan jelas alasan-alasan penangguhan penerbangan," katanya.
Menurutnya, banyak perbelanjaaan untuk persiapan telah pun dibuat selain membayar penuh kos umrah sekitar RM9,000 dan RM500 untuk surcaj cuti persekolahan bagi setiap ahli keluarga.
"Kita dah habis banyak (untuk menunaikan umrah) tetapi apabila jadi seperti ini, kami sangat kecewa," katanya.
Menurutnya, lebih menyedihkan beliau bersama keluarga telah menyewa rumah inap di Sepang bagi memudahkan perjalanan ke Tanah Suci.
"Kami belum lagi daftar masuk homestay kerana dari Kuantan terus ke sini untuk mendapatkan penjelasan daripada pihak pengurusan," katanya.
Beliau yang menetap di Pahang berkata, pengurusan hanya memaklumkan bayaran penginapan hotel di Arab Saudi telah meningkat dari kos sebenar dan memberikan jawapan yang tidak meyakinkan.
Justeru, beliau menuntut syarikat itu membayar semula wang bayaran kira-kira RM95,000 dengan segera.
"Usahkan visa, tiket pun tidak ada," katanya.
Sementara itu, seorang pegawai kerajaan yang enggan dikenali berkata, beliau kelu untuk menjelaskan penangguhan umrah kepada ibunya.
"Sewaktu saya beritahu emak untuk bawanya menunaikan umrah, dia menangis.
Segala persiapan kita telah lakukan dan apabila benda ini berlaku, saya tidak tahu bagaimana untuk beritahu emak kerana menaruh harapan tinggi," katanya yang dijadual terbang pada esok.
Menerima nasib serupa, Norul Faizah Abdul Rahim berkata, dia dan suami masih merahsiakan penangguhan menunaikan umrah daripada ibu bapa.
Menurutnya, perjalanan umrah kumpulannya yang terdiri daripada 10 ahli keluarga telah ditangguh sebanyak empat kali.
Ujar Norul Faizah, mereka tertanya-tanya dan hilang arah apabila pegawai syarikat yang mengendali kumpulan senyap membisu apabila ditanya.
"Sehingga pagi tadi, dia hanya cakap flight kami ada tetapi apabila kami ke sini, dimaklumkan setakat jam 4.30 petang ini (Selasa) tiada penerbangan," katanya.
Beliau berasa tertekan apabila perancangan rapi yang dibuat sebelum ini musnah dan menyifatkan perasaan kecewa dirasainya ketika ini sukar digambarkan.
"Kita sudah membuat bayaran penuh dan tidak berhutang sesen pun, tetapi mereka buat kami seperti ini," katanya.
Dalam pada itu, wakil syarikat berkenaan ketika ditemui memaklumkan pihaknya akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.
Awal bulan ini, Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah Dan Haji (PAPUH), Datuk Seri Razali Mohd Sham mendedahkan isu kartel serta monopoli tiket penerbangan membabitkan pakej umrah dan haji oleh beberapa syarikat gergasi sememangnya wujud dan menjadi punca kenaikan harga pakej ibadah berkenaan di negara ini.
Beberapa hari selepas itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman tujuh individu termasuk pengarah dan kakitangan syarikat pelancongan yang dipercayai terlibat dalam sindiket rasuah pengagihan kuota tiket penerbangan umrah membabitkan nilai RM10.8 juta. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Mar 01 2023
Ahmad Saifulrizan (kanan) bersama ahli keluarga yang berumur 5 hingga 70 tahun kecewa dengan pihak pengurusan syarikat berkenaan. - Foto Sinar Harian
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Sanggup jual kereta demi kayuhan solo ke Mekah
Tindakan diambil bagi memastikan dia tidak terbeban dengan hutang sepanjang misi jelajahnya ke Tanah Suci itu.
Arab Saudi tawarkan rakyat Malaysia perjalanan lengkap, beribadah serta melancong
Pihak Berkuasa Pelancongan Arab Saudi (STA) memperkenalkan satu siri perubahan untuk menyelaraskan perjalanan rakyat Malaysia, menambah nilai perjalanan mereka ke Kota Suci Makkah dan Madinah.
Bella Astillah berangkat tunai umrah, doa urusan dipermudahkan
Bella juga memohon maaf kepada semua yang mengenali dirinya serta meminta urusannya dipermudahkan.
Video ‘throwback’ momen Shuib bersama Siti Sarah di Mekah buat netizen rindu
Antara momen yang dikongsikan di video tersebut memperlihatkan pasangan itu sedang berjalan di dalam Masjidil Haram sambil berbual.
Kumpulan pertama 282 jemaah haji tiba di Mekah
Tujuh buah bas yang membawa jemaah dari kumpulan KT01 itu tiba jam 5.30 petang waktu tempatan di Hotel Abraj Al Janadiriyah, Mekah.
Mutawif pimpin jemaah 'istimewa' tunai umrah guna tongkat
Menjadi impian umat Islam di seluruh dunia termasuk golongan kurang upaya untuk menjejakkan kaki ke tanah suci Makkah bagi menunaikan ibadah haji dan umrah.
Sirah Nabi Muhammad SAW akan ‘lebih hidup’ selepas ini…
Penerokaan teknologi ini yang dibuat kerajaan Arab Saudi mampu mencambah pemahaman umat Islam yang mengunjunginya.
Jemaah uzur kini boleh lakukan tawaf menaiki kenderaan elektrik
Difahamkan bahawa EV ini telah diperkenalkan sejak permulaan bulan Ramadan dan beroperasi di bahagian bumbung Masjidil Haram.
MOTAC batal lesen syarikat Emraz Travel & Tours
MOTAC memaklumkan pembatalan lesen itu selaras dengan perenggan 8(1)(b) dan (d) Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482).
Syarikat pelancongan, umrah mengaku salah gagal patuhi award TTPM
Mohd Firadaus Ahmad, 38, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Noor Hafiza Ishak selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa.