Skip to main content
Advertisement

Dunia

AS lancar serangan ke atas Iran untuk malam kesembilan

Angkatan tentera AS terus menguatkuasakan sekatan laut terhadap Iran, dengan Komando Pusat AS (CENTCOM) mengalihkan lima kapal komersial dan melumpuhkan sebuah lagi kapal setakat 18 Julai. - Foto X/CENTCOM
Angkatan tentera AS terus menguatkuasakan sekatan laut terhadap Iran, dengan Komando Pusat AS (CENTCOM) mengalihkan lima kapal komersial dan melumpuhkan sebuah lagi kapal setakat 18 Julai. - Foto X/CENTCOM

Advertisement

AMERIKA Syarikat (AS) melancarkan serangan ke atas Iran untuk malam kesembilan berturut-turut pada Ahad. 

Menurut Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM), menerusi hantaran di platform X, serangan itu bermula pada jam 7 malam waktu Timur Amerika Syarikat (11 malam GMT).
 

 

 


Serangan terbaharu itu berlaku selepas AS mengesahkan sekurang-kurangnya dua anggota tenteranya terbunuh dalam serangan di Jordan pada Sabtu.

Ketegangan antara Washington dan Tehran semakin meningkat apabila kedua-dua negara memperhebatkan serangan selepas perjanjian gencatan senjata sementara yang dimeterai kira-kira sebulan lalu gagal dipertahankan.

Selain serangan ketenteraan, persaingan menguasai Selat Hormuz yang merupakan laluan penting bagi perdagangan minyak dunia turut meningkatkan kebimbangan terhadap kemungkinan konflik kembali tercetus secara besar-besaran.

Situasi itu mencetuskan kebimbangan terhadap keselamatan perkapalan antarabangsa serta kestabilan bekalan tenaga global.

 

 

Must Watch Video

Advertisement