awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
[KOLUMNIS] Malaysia - Bangkitnya sebuah negara yang tidak lagi mahu ketinggalan
MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

Gagasan Sejahtera terima kerjasama Pas - UMNO

Bernama
Bernama
26/08/2019
10:21 MYT
Gagasan Sejahtera terima kerjasama Pas - UMNO
Abdul Hadi Awang (empat dari kiri) bersama Presiden Ikatan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir (tiga,kiri) bergambar selepas Mesyuarat Majlis Kepimpinan Tertinggi Gagasan Sejahtera hari ini. - Gambar BERNAMA
Gagasan Sejahtera, gabungan parti politik yang terdiri daripada Pas, Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), hari ini menerima kerjasama politik penyatuan ummah di antara Pas dan UMNO.
Pengerusi Gagasan Sejahtera yang juga Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, ia diputuskan kepimpinan tertinggi gabungan itu pada mesyuarat Majlis Kepimpinan Tertinggi Gagasan Sejahtera yang diadakan di sini, hari ini.
Bercakap dalam sidang media selepas mesyuarat yang turut dihadiri Presiden Ikatan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir dan Presiden Berjasa, Abdul Kadir Mamat, Abdul Hadi berkata, kerjasama politik itu dijalankan atas kerangka taawun siyasi.
Dalam kerjasama itu, Pas mewakili Gagasan Sejahtera seperti mana UMNO mewakili Barisan Nasional (BN), katanya.
Abdul Hadi berkata, mesyuarat itu turut bersetuju mengukuhkan kerjasama politik dalam kalangan parti komponen Gagasan Sejahtera dalam aspek visi, misi dan organisasi.
Dalam perkembangan lain, Abdul Hadi mengulangi pendirian parti itu menyokong tindakan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang kekal dengan keputusan tidak menghantar penceramah bebas, Dr Zakir Naik pulang ke India.
Beliau berkata, keputusan Dr Mahathir itu adalah selaras dengan Konvensyen Geneva iaitu setiap negara mesti melindungi mana-mana orang yang dipercayai tidak akan diadili dengan adil di negara mereka.
Dr Mahathir sebelum ini dilaporkan memutuskan kerajaan tidak akan menghantar Zakir pulang, mengulangi pendirian itu pada Khamis lepas selagi penceramah bebas itu tidak membuat sebarang masalah.
Abdul Hadi berkata, Pas juga telah bertemu dan menasihatkan Zakir supaya lebih berhati-hati dengan isu politik negara dalam menyampaikan syarahannya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Berjasa
#Gagasan Sejahtera
#Ikatan
#Jemaah Islamiah Se-Malaysia
#kerjasama Pas - UMNO
#Parti Ikatan Bangsa Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami