awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gajah liar ceroboh kebun, penduduk kembali diancam

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
06/05/2023
23:20 MYT
Gajah liar ceroboh kebun, penduduk kembali diancam
Gajah liar yang dilihat di kawasan kebun penduduk. - Astro AWANI
SETIU: Pekebun di Kampung Seri Bayas, Setiu dilanda keresahan dengan kehadiran gajah liar yang menyerang tanaman mereka.
Menurut penduduk, meskipun pelbagai usaha dilakukan namun haiwan liar berkenaan tetap memasuki kawasan kebun mereka.
Jelas mereka keadaan itu telah berlarutan sejak beberapa tahun lalu dan terbaharu adalah pada awal Mei lepas di mana gajah tersebut memusnahkan tanaman sawit yang diusahakan.
"Gajah itu datang dalam dua atau tiga hari lepas.
"Kawasan sini sekali dengan saya kawan-kawan saya lebih kurang dalam 20 ekar telah dimusnahkan," kata pemilik kebun sawit Wan Jusoh Wan Abdullah.
Bagi seorang lagi pemilik kebun sawit, Ahmad Shazril Hisyam Mohamad, kehadiran gajah liar itu sangat mendukacitakan dan berharap pihak Perhilitan dapat memindahkan haiwan itu dengan segera.
"Saya datang ke sini waktu pagi, habis kebun saya musnah. Sebagai pekebun kecil, ia sangat mendukacitakan.
"Saya berharap sangat pihak Perlihitan dapat memindahkan gajah liar ini, dalam lebih kurang lima ekor, dengan segera bagi menyelamatkan kebun kami," katanya.
Justeru itu mereka berharap pihak berwajib dapat mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelakkan gangguan haiwan liar itu berterusan sehingga pekebun terpaksa menanggung kerugian yang lebih besar.
Sementara itu Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, Loo Kean Seong berkata pihaknya telah menerima laporan berhubung kejadian itu.
Beliau berkata pihaknya kini sedang melakukan pemantauan dan kawalan terhadap kumpulan gajah liar berkenaan untuk tindakan lanjut.
Topic Berkaitan
#gajah liar
#kebun sawit
#Perhilitan
#Loo Kean Seong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan