GUA MUSANG: Tiga pekerja ladang berdepan detik cemas apabila seekor gajah liar bergading bertindak merosakkan dan memecahkan tingkap kaca bahagian dapur rumah mereka di Aring 8, di sini pada 4 pagi Ahad lepas.
Penyelia ladang Mohd Khairul Faiza Muhammad Din berkata kejadian terbaharu itu merupakan serangan kedua dihadapi mereka selepas kali pertama berlaku pada Rabu lepas (4 Januari).
"Kali pertama mamalia tersebut muncul juga pada 4 pagi, membuatkan saya bersama dua lagi rakan serumah terkejut melihat belalai gajah masuk ke dalam bahagian dapur menerusi cermin tingkap yang telah pecah.
"Pada Ahad lepas, gajah terbabit muncul lagi dan mengambil makanan seperti garam, minyak serta mi segera yang berada berhampiran kawasan sinki dapur di hadapan tingkap," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Menurut Mohd Khairul Faiza kehadiran mamalia tersebut dalam kawasan rumah amat mengejut serta membimbangkan.
"Selama enam tahun bekerja di sini, ini kali pertama rumah kami diserang gajah. Keadaan ini amat merisaukan apabila gajah mula datang mencari makanan di rumah.
"Belum sempat kami menggantikan cermin yang rosak, gajah terbabit datang kembali mengambil makanan dan membuat kerosakan yang sama," katanya.
Menurut Mohd Khairul Faiza mereka telah membuat laporan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan sewajarnya.
--BERNAMA
Bernama
Tue Jan 10 2023
Kejadian terbaharu itu merupakan serangan kedua dihadapi mereka selepas kali pertama berlaku pada Rabu, 4 Januari lalu. - TikTok / @ayohlaht4
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 23 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Belum mula bersiaran, Naim Daniel dah tarik diri daripada The Hardest Singing Show?
Belum masuk minggu pertama The Hardest Singing Show (THSS), program itu sudah dihangatkan dengan penarikan diri salah seorang pesertanya, Naim Daniel.
FAMA pastikan pengguna mudah dapat bawang merah tempatan
Pada peringkat permulaan ini, FAMA telah menyasarkan jualan bawang tempatan itu melalui promosi Kombo MADANI sempena program Jualan Agro MADANI.
Asia rantau paling banyak dilanda bencana di dunia, kata agensi meteorologi PBB
WMO berkata ribut dan banjir mengakibatkan angka korban dan kerugian ekonomi tertinggi, sementara kesan gelombang haba menjadi lebih teruk.
Tumpuan Rabu - 24 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
1MDB: Mahkamah akan tentukan sama ada pendakwaan berjaya buktikan kes - Hakim
Muhammad Shafee berhujah bahawa pertuduhan terhadap anak guamnya adalah salah serta bertindih.
Lelaki ditahan bantu siasatan kes bawa 'kwantao'
Lelaki berusia 41 tahun itu ditahan di rumahnya pada 12.20 tengah malam selepas polis menerima laporang daripada seorang lelaki berusia 31 tahun pada 11.48 malam tadi.
Polis tumpas sindiket proses, edar MDMA di pusat hiburan
Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah jenis MDMA di pusat hiburan dengan penahanan dua lelaki dalam serbuan di sekitar daerah Timur Laut.
SKM lulus bantuan RM246,000 menerusi Program Pemerkasaan Rantaian Bekalan Koperasi
SKM meluluskan bantuan berjumlah RM246,000 menerusi SCOPE kepada Federasi Koperasi Pemborongan dan Peruncitan Malaysia Berhad.
Harimau belang 'Yob Kuang' masuk perangkap
Kebimbangan penduduk susulan kemunculan seekor harimau belang jantan di Kampung Ulu Kuang, Chemor di sini, berakhir apabila haiwan itu memasuki perangkap yang dipasang Perhilitan Perak.
Semua kes gigitan anjing di Sarawak stabil, disuntik vaksin dan dirawat
Semua kes gigitan anjing di Sarawak dilaporkan stabil dan telah diberikan suntikan vaksin rabies serta rawatan Immunoglobulin Rabies (RIG), demikian menurut Kementerian Kesihatan (KKM).
Anggota polis maut ketika bertugas, motosikal terbabas elak haiwan liar
Mangsa lelaki yang menaiki motosikal jenis Honda RS itu terbabit dalam kemalangan ketika sedang menjalankan tugas.
Seekor singa berkeliaran di bandar Karachi cetuskan panik
Singa berkenaan diserahkan kepada zoo di bandar raya itu dan pertuduhan jenayah sedang difailkan terhadap pemiliknya.
Penternak syak lembu dibaham harimau
"Terdapat kesan lembu itu diseret masuk ke dalam semak dari kawasan lapang di kebun sawit tempat lembu ternakan saya meragut dan makan."
'Wolverine' dikesan di California, kedua disahkan dalam tempoh 100 tahun
Seekor wolverine liar dikesan beberapa kali di California bulan lepas, menurut Jabatan Ikan dan Hidupan Liar California.
Penduduk Taman Sri Lambak resah kehadiran gajah
Seorang penduduk mendakwa dia sudah hampir setahun terpaksa berdepan dengan haiwan liar itu yang kerap menceroboh masuk ke laman rumahnya.
China: Usaha lindungi haiwan dan tumbuhan liar catat pencapaian menggalakkan
Antara spesies yang berjaya ditambah populasinya ialah panda gergasi, gajah Asia, harimau dan harimau bintang, ungka Hainan, burung sekendi berjambul dan pokok merpati.
Gajah liar pecahkan tingkap dapur, ambil makanan pekerja ladang
Kejadian terbaharu itu merupakan serangan kedua dihadapi mereka selepas kali pertama berlaku pada Rabu, 4 Januari lalu.
Lebih separuh tumbuhan dan haiwan di Antartika mungkin pupus akibat perubahan iklim
65 peratus spesies tumbuhan dan haiwan Antartika, termasuk penguin, mungkin lenyap jika dunia tidak melakukan sesuatu.