awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gajah mati: RimbaWatch gesa henti projek jalan jejas habitat hidupan liar

Amirul Aiman
Amirul Aiman
13/05/2025
02:30 MYT
Gajah mati: RimbaWatch gesa henti projek jalan jejas habitat hidupan liar
Tapak pembinaan jalan raya di kawasan hutan simpan yang menjadi habitat penting bagi harimau Malaya dan gajah Asia, kini mencetuskan kebimbangan kumpulan alam sekitar seperti RimbaWatch yang mendesak tindakan segera kerajaan.
KUALA LUMPUR: Sebuah badan pemantau alam sekitar, RimbaWatch, menggesa beberapa projek jalan raya yang didakwa menceroboh habitat hidupan liar sensitif dihentikan serta-merta.
Gesaan ini dibuat susulan insiden kematian seekor anak gajah akibat kemalangan di Lebuhraya Timur-Barat di Gerik, Perak, pada Ahad.
Dalam satu kenyataan pada Selasa, RimbaWatch menggesa kerajaan mengeluarkan arahan pemberhentian kerja secara kekal terhadap projek-projek jalan raya tersebut serta projek lain yang turut melibatkan ekosistem sensitif.
RimbaWatch memetik tiga penilaian impak alam sekitar (EIA) – dua yang telah diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar pada tahun 2022 dan satu lagi projek jalan raya yang diluluskan pada tahun 2023.
Menurutnya, pada tahun 2022, kelulusan telah diberikan bagi pembinaan Fasa 3A Jalan Kampung Pasir Raja di Hulu Dungun dan Zon A Jalan Kampung Mat Daling di Jerantut, yang kedua-duanya menghala ke sempadan Terengganu-Pahang.
Projek-projek ini melibatkan pembinaan jalan sepanjang 52 kilometer yang akan merentasi Rizab Diraja Harimau Al-Sultan Abdullah.
Kawasan tersebut merupakan habitat utama bagi pelbagai spesies kucing hutan termasuk harimau Malaya, serta spesies terancam lain seperti gajah Asia dan tapir Malaya.
“Kawasan ini telah lama diwartakan sebagai ‘hutan perlindungan’, dan RimbaWatch percaya ia merupakan hutan dara yang belum pernah ditebang sebelum ini,” katanya.
Kelulusan pada tahun 2023 pula merujuk kepada projek jalan baharu dari Kampung Gagu di Ulu Beranang, Negeri Sembilan, melibatkan pembinaan jalan sepanjang 15 kilometer yang akan merentasi Banjaran Titiwangsa melalui Hutan Simpan Kekal Gapau dan Lenggeng.
“Kejadian konflik antara manusia dan haiwan liar telah pun berlaku susulan pembesaran jalan ke kawasan ini. Pada 2022, seekor harimau telah dilihat di jalan baharu berhampiran Kampung Mat Daling.
“Pada April lalu, seekor harimau kumbang telah menyerang seorang pemandu lori yang berhenti sebentar di tepi jalan di Bukit Tangga, di laluan sedia ada yang juga merentasi Hutan Simpan Gapau dan Lenggeng,” menurut kenyataan itu.
RimbaWatch menegaskan, tiada cara untuk membina lebuh raya di kawasan perlindungan sensitif tanpa menyebabkan penebangan hutan dan mengganggu keterhubungan hidupan liar.
Selain itu, pembinaan tersebut turut meningkatkan risiko kepada spesies terancam melalui pelanggaran, konflik dengan manusia, serta pemburuan haram.
Sebaliknya, RimbaWatch menggesa kerajaan Persekutuan agar menambah baik rangkaian pengangkutan awam di luar bandar, termasuk dengan menghidupkan semula laluan kereta api lama serta membina jaringan baharu di atas atau berhampiran infrastruktur sedia ada.
Topic Berkaitan
#RimbaWatch
#harimau Malaya
#hidupan liar
#gajah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan