awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB rugi hampir RM30 juta akibat aktiviti bitcoin di Melaka
Anjung Syawal Putrajaya sokong TMM2026, pamer keunikan sambutan Ramadan di Malaysia
Pokok tualang berusia lebih 100 tahun ditebang bagi laluan projek LTU Pakej 2A
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gajah Pgymy Borneo ditemui mati dengan kesan tembakan

Fifi Harteeny Marzuki
Fifi Harteeny Marzuki
24/07/2018
13:35 MYT
Gajah Pgymy Borneo ditemui mati dengan kesan tembakan
Hasil bedah siasat awal mendapati terdapat kesan luka pada bahagian kanan punggung anak gajah yang berusia antara 3 hingga 4 tahun itu. - Foto Pejabat Hidupan Liar Kinabatangan
Seekor lagi anak gajah jantan jenis Pgymy Borneo ditemui mati dipercayai dengan kesan tembakan di Kampung Karamuak, Tongod, di sini, pada pagi Isnin.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah, Siti Nur'Ain Ampuan Acheh berkata sepasukan Pejabat Hidupan Liar Kinabatangan telah menjumpai bangkai anak gajah itu pada jam 7.40 pagi Isnin lalu ketika melakukan rondaan di kawasan kampung tersebut.
Beliau berkata, hasil bedah siasat awal mendapati terdapat kesan luka pada bahagian kanan punggung anak gajah yang berusia antara 3 hingga 4 tahun itu.
"Hasil bedah siasat mendapati terdapat kesan luka pada bahagian kanan badan gajah tersebut dan didapati terdapat pelet peluru di dalam perut gajah itu.
"Sebahagian usus telah koyak dan pendarahan dalaman yang serius dalam abdomen gajah tersebut menyebabkan saluran darah turut rosak.
"Mengikut kesan kecederaan dan kedudukan pelet, kemungkinan besar gajah ini telah ditembak dari jarak dekat dari tempat tinggi atau dari belakang kenderaan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Menurut Siti lagi, satu pasukan penyiasat sedang giat melakukan siasatan untuk mencari pelaku pembunuhan anak gajah Pgymy Borneo itu.
Untuk rekod, insiden gajah mati di Sabah dilihat semakin membimbangkan selepas 19 ekor gajah yang diancam kepupusan ini direkodkan mati dari awal tahun sehingga bulan ini.
Topic Berkaitan
#anak
#Kinabatangan
#mati
#Pgymy Borneo
#siasatan
#tembakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan