SANDAKAN: Rakyat Sabah mahu gaji minima yang ditetapkan kerajaan sebelum ini ditambah ekoran peningkatan kos kehidupan ketika ini.
Mereka berpendapat gaji minima RM1,200 masih gagal menampung kehidupan harian dan ia tidak dapat bertahan untuk tempoh sebulan.
Antara yang melontar pendapat itu seorang anak muda berusia 21 tahun dan bekerja sebagai pembantu di sebuah pusat karaoke keluarga di Sandakan.
Katanya, dia yang belum berkahwin turut resah kerana pendapatannya ketika ini masih rendah.
"Saya sebagai seorang yang bujang, gaji minima ini masih agak kurang kerana harus fikir komitmen lain.
"Ketika ini saya tinggal bersama nenek jadi saya harus fikir perbelanjaan rumah bagi nenek dan ibu bapa saya selain adik-beradik.
"Walapun saya belum lagi memiliki kereta, saya perlu fikirkan kos ulang-alik ke tempat kerja, kadang-kadang perlu balik lewat jadi caj menjadi menjadi lebih mahal," kata Mohd Nazri Hagis.
Menurutnya juga, gaji RM1,200 yang diterima kebiasaanya hanya bertahan dalam tempoh dua minggu.
"Kalau ikutkan dalam dua minggu sahaja mampu bertahan, kira tidak cukuplah.
"Sebab kalau ikut gaji RM1,200 ini tidak dapat menampung kos barang yang semakin mahal, kira gaji RM1,200 itu tidak menjamin," tambahnya.
Sementara itu, seorang penyelia pengawal keselamatan yang juga seorang bapa kepada empat anak, turut meluahkan keresahan kerana gaji minima yang diperolehi setiap bulan tidak mencukupi bagi menampung keperluan kehidupan berkeluarga.
"Perbelanjaan untuk kami sekeluarga memang tidak mencukupi. Selepas ditolak segala komitmen yang ada, hanya tinggal RM400 dalam tangan.
"RM400 itu mungkin boleh bertahan dalam setengah bulan sahaja," kata Mohammad Jaimi Jamil.
Jaimi mencadangkan agar gaji minima dapat ditambah kepada RM1,500.
Sementara itu, seorang pekerja pembersihan mengakui gaji minima ketika ini masih rendah.
Tetapi, Baing Kamlan menyerahkan sepenuhnya kebijaksanaan kerajaan menetapkan gaji minima yang dirasakan sesuai demi menolong rakyat yang berdepan pelbagai kesusahan ketika ini.
"Kalau dikira memang tidak cukup kerana kita mempunyai anak-anak. Saya serahkan kepada kerajaan untuk tentukan bagi menolong rakyat," katanya.
Terdahulu, pada Sabtu Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kadar gaji minima pekerja sedang dikaji semula bagi memastikan ia kekal relevan dengan keadaan sosio-ekonomi semasa, dalam ucapannya sempena Hari Pekerja 2021
BACA: Kadar gaji minimum dikaji semula agar kekal relevan - Muhyiddin
Beliau menjelaskan ia merupakan antara usaha yang diambil kerajaan melalui tiga strategi utama bagi membantu golongan pekerja yang berdepan kesukaran ketika wabak COVID-19.
Radhi Muslim
Mon May 03 2021
Gaji minima RM1,200 dilihat tidak mencukupi bagi menampung keperluan sesebuah keluarga ketika ini. - Gambar hiasan
AWANI Borneo [14/12/2024] – Kecewa PN mahu sertai PRN17 | Demi kekukuhan PBB | Hidrogen mesra alam
AWANI Borneo Sabtu, 14 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
1. SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
2. Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
3. Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hydrogen
1. SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
2. Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
3. Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hydrogen
Hanya 47 mangsa banjir direkodkan di Johor, Pahang
Jumlah mangsa banjir terus berkurangan kepada 47 orang sahaja setakat 7 malam berbanding 305 mangsa tengah hari.
Video konvoi tentera Rusia di lebuh raya Syria tular
Rakaman video konvoi besar kenderaan tentera Rusia dengan sebahagiannya membawa bendera negara itu menuju ke utara Syria tular di media sosial.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
Gaji minima: RM1,200 hanya mampu bertahan setengah bulan
Rakyat Sabah mahu gaji minima yang ditetapkan kerajaan sebelum ini ditambah ekoran peningkatan kos kehidupan ketika ini.