KUALA LUMPUR: Anak muda memainkan peranan penting dalam diplomasi bagi menggalakkan dialog dan kerjasama antara Malaysia dan seluruh dunia, kata Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah.
Mengulas mengenai penglibatan anak muda dalam dasar luar dan hal ehwal antarabangsa, beliau, bagaimanapun, mengakui, birokrasi masih diutamakan berbanding meritokrasi, khususnya dalam sektor awam.
“Meskipun senioriti penting, namun kita perlu berkecuali terhadap bakat-bakat muda. Malangnya, kita lebih tertumpu kepada birokrasi berbanding meritokrasi,” katanya ketika menghadiri Sidang Kemuncak Alumni Inisiatif Pemimpin Muda Asia Tenggara (YSEALI) 2022.
“Isu utama adalah kita tidak mempunyai pakar yang mencukupi. Apabila seseorang menjadi Ketua Setiausaha, dia berbaki tiga tahun sebelum persaraan dan tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk menjadi pakar dalam bidangnya.”
Justeru, Saifuddin menggalakkan penyertaan lebih ramai anak muda dalam sektor awam bagi mengasah bakat dan kepakaran mereka dalam bidang-bidang tertentu.
“Saya mencadangkan untuk pekerja muda diambil dan diletakkan di sebanyak mungkin kementerian-kementerian sehingga satu tahap tertentu.
“Apabila mencapai tahap Setiausaha Bahagian (Gred 54), letakkan mereka ke dalam kluster-kluster kerana mereka sudah mempunyai minat dalam bidang tertentu. Misalnya, seorang individu yang berperingkat Jusa C dialihkan ke dalam kluster ekonomi,” jelasnya.
Beliau berkata demikian dalam sesi soal jawab menerusi persidangan tersebut yang dianjurkan oleh Majlis YSEALI Malaysia (YCOM) dan disokong oleh Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia.
Turut hadir di sidang kemuncak itu termasuk Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia Brian D McFeeters dan Presiden IDEAS Malaysia, Tunku Zain Al-'Abidin ibni Tuanku Muhriz.
Nailah Huda
Sat Aug 13 2022
Menteri Luar mengakui, birokrasi masih diutamakan berbanding meritokrasi, khususnya dalam sektor awam. - Gambar ihsan Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
Pengusaha stesen minyak dibenar gajikan pekerja asing di kafe, kedai runcit
Kerajaan secara dasar bersetuju untuk memberikan kebenaran kepada pengusaha stesen minyak menggaji pekerja asing bagi kerja-kerja pembersihan serta pencucian di kafe dan kedai runcit stesen minyak.
Mengapa sambut meriah kapal tentera laut China? - Saifuddin
Sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China di Pelabuhan Pulau Pinang disifatkan 'tidak masuk akal'.
MoU: Penting demi pelihara identiti nasional, elak ancam semangat demokrasi berparlimen - Saifuddin
Menurut Saifuddin, ia adalah sebahagian daripada sarat nilai (value loaded) yang diterapkan parti itu.
Serangan Iran terhadap Israel untuk tuntut keadilan - Saifuddin
Semua pihak diingatkan supaya melihat serangan balas Iran terhadap Israel sebagai tindakan bagi menuntut keadilan dan menegakkan kebenaran.
ASEAN: Saifuddin gesa Malaysia lebih proaktif tangani isu Myanmar
Usaha proaktif akan membolehkan Malaysia membentuk persekitaran yang aman dan inklusif dalam rantau ASEAN.
Parlimen: Saifuddin mahu Timbalan Menteri Luar tarik kenyataan berhubung 'pengiktirafan Israel'
Kenyataan Mohamad mengelirukan Dewan Rakyat di bawah Aturan 36(12) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, dan boleh menjejaskan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Palestin.
Penganjuran Sukan Komanwel: JKPK Parlimen panggil KBS
Nasib Sukan Komanwel 2026 masih menjadi tanda tanya selepas Victoria di Australia, yang sepatutnya menjadi tuan rumah edisi ke-23 itu, menarik diri pada Julai tahun lepas
PRK Pelangai: Majoriti BN jelas merosot - Saifuddin
Perikatan Nasional (PN) Pahang bersikap positif meskipun kalah dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.
PRN: Tindakan Dr Faiz Na'aman keluar parti tak beri kesan kepada Bersatu
Bersatu tidak terkesan dengan keputusan Dr Muhammad Faiz Na'aman meninggalkan parti itu.
LHDN serbu rumah Hamzah: Helah politik murahan burukkan PN - Saifuddin
Tindakan LHDN menyerbu rumah Hamzah Zainudin disifatkan Saifuddin sebagai cubaan untuk memburukkan PN dan helah politik murahan parti lawan.