Sepupu Altantuya Shaariibuu pada Khamis memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa gambar wanita Mongolia yang dibunuh itu, bersama penganalisis politik, Abdul Razak Baginda dan timbalan perdana menteri yang dikemukakan di mahkamah adalah palsu.
Burmaa Oyunchimeg, 37, berkata gambar yang memaparkan wanita itu bersama dua lelaki berkenaan dihasilkan melalui teknik photoshop dan palsu.
"Ia teknik photoshop yang teruk dan palsu sama sekali," katanya semasa Peguam Kanan Persekutuan Jasmee Hameeza Jaafar, yang mewakili kerajaan Malaysia, merujuk gambar tiga individu itu kepadanya.
Burmaa, bagaimanapun berkata dia pernah melihat gambar sebenar Altantuya duduk bersama dua lelaki yang diambil di Paris pada 2005 dan mereka tersenyum melihat kamera.
"Altantuya telah menunjukkan gambar asal bersama ratusan gambar lain dalam satu album kepada saya termasuk gambar Altantuya dengan Abdul Razak dalam sebuah Ferrari apabila kami (Burma dan Altantuya) berada di Ulan Bator, Mongolia," katanya pada perbicaraan saman RM100 juta yang difailkan keluarga Altantuya terhadap dua bekas anggota polis, Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar, Abdul Razak serta kerajaan Malaysia.
Wanita itu berkata gambar asal tiada dalam simpanannya dan dia juga tidak tahu apa yang terjadi pada gambar berkenaan.
"Apa yang saya tahu, 'Mr Ang' (penyiasat persendirian yang diupah Altantuya) memberitahu saya yang dia nampak gambar itu dalam simpanan Altantuya," katanya.
Apabila dicadangkan oleh Jasmee Hameeza bahawa saksi tidak boleh mengemukakan gambar asal yang ditunjukkan kepadanya oleh Altantuya kerana gambar itu sebenarnya tidak pernah wujud, Burmaa berkata: "Tidak, saya tidak setuju".
Burmaa juga memberitahu mahkamah bahawa Altantuya mengupah 'Ang' untuk mencari Abdul Razak.
Saksi pertama bagi plaintif itu berkata Altantuya memberitahunya yang dia meminta 'Ang' mencari Abdul Razak selepas gagal menghubunginya.
Semasa disoal peguam Manjeet Singh Dhillon, yang mewakili Abdul Razak, sama ada anak guamnya pernah memberitahunya apa-apa yang dia tidak boleh bertemu Altantuya.
Burmaa berkata: "Ya, Razak Baginda menghantar pesanan kepada saya dan memberitahu yang dia tidak boleh berjumpa Altantuya".
Manjeet: Kamu tidak membalas pesanan Razak Baginda?
Burmaa: Ya.
Manjeet: Adakah kamu menyampaikan pesanan itu kepada Altantuya?
Burmaa: Ya.
Burmaa berkata dia juga bertanyakan soal itu kepada Altantuya dan Altantuya memaklumkan ada masalah kecil dan memintanya supaya tidak membalas pesanan Razak.
Pada 4 Jun, 2007, keluarga Altantuya iaitu bapanya Dr Shaariibuu Setev dan isteri Altantsetseg Sanjaa serta dua cucu lelaki mereka, Mungunshagai Bayarjargal dan Altanshagai Munkhtulga, memfailkan saman sivil RM100 juta terhadap dua bekas anggota polis dari Unit Tindakan Khas (UTK), Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar, serta Abdul Razak dan kerajaan Malaysia.
Bagaimanapun, nama Altanshagai Munkhtulga kemudian dikeluarkan daripada senarai sebagai plaintif selepas meninggal dunia dua tahun lepas.
Dalam pernyataan tuntutan, keluarga itu mendakwa kematian Altantuya telah menyebabkan mereka mengalami kejutan mental dan trauma psikologi yang melayakkan mereka dibayar pampasan serta mendapat ganti rugi teladan dan ganti rugi teruk.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Vazeer Alam Mydin Meera bersambung hari ini dan akan mendengar keterangan Dr Shaariibuu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 24 2019
Dr Shaariibuu Setev (kanan) hadir ke Mahkamah Tinggi Shah Alam berhubung saman RM100 juta berkaitan pembunuhan anaknya 13 tahun lalu di Kompleks Mahkamah Shah Alam, 22 Jan, 2019. --fotoBERNAMA/Fail
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Kes saman Altantuya: Kerajaan, Razak Baginda fail rayuan
Kerajaan memfailkan notis rayuan di Mahkamah Rayuan Isnin lepas manakala Abdul Razak pada Selasa lalu.
"Kehidupan hancur selepas kematian Altantuya" - Bapa
Dr Shaariibuu Setev berkata, mendiang Altantuya adalah anak sulungnya yang juga paling berpendidikan dan paling diharapkan dalam keluarga.
Gambar Altantuya, Abdul Razak dan TPM ditunjukkan di mahkamah adalah palsu - Sepupu
Burmaa Oyunchimeg, 37, berkata gambar yang memaparkan wanita itu bersama dua lelaki berkenaan dihasilkan melalui teknik photoshop dan palsu.
Presiden Mongolia harap Tun Mahathir tegakkan keadilan bagi Altantuya
Presiden Battulga berkata, kes yang melibatkan rakyat Mongolia itu telah mengakibatkan ketidaksenangan dari segi hubungan bilateral, dan juga rakyat dua negara ini.
'Najib beri saya lampu hijau untuk tangkap Razak Baginda' - Musa Hassan
Musa Hasan berkata, tiada halangan untuk polis membuka semula kertas siasatan berhubung kes itu sekiranya ada maklumat dan petunjuk baharu.
Keputusan rayuan pendakwaan kes Altantuya hari ini
Hari ini Mahkamah Persekutuan bakal menyampaikan keputusan bagi rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan dua anggota Unit Tindakan Khas polis terhadap pertuduhan membunuh Altantuya.
'CEO' filem terbitan penganalisis politik
Beto Kusyairy, Remy Ishak dan Deanna Yusof barisan pelakon yang menerajui filem baru berjudul "CEO".