awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Neelofa ‘belanja’ wajah Bilal
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gambar hakisan cerun di Smpang Pulai yang viral, gambar lama

Bernama
Bernama
15/07/2016
04:16 MYT
Gambar hakisan cerun di Smpang Pulai yang viral, gambar lama
Gambar tahun 2014 cerun di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands yang diviralkan pengguna media sosial. - Facebook JKR Perak
Gambar hakisan cerun di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands yang menjadi viral dalam media sosial, merupakan gambar lama, demikian menurut Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri Perak.
Jabatan itu menerusi satu kenyataan yang dimuat naik dalam akaun Facebooknya berkata gambar yang dirakamkan di FT185 Seksyen 44 jalan berkenaan adalah imej pada hujung tahun 2014.
Kenyataan itu menyebut bahawa kerja penanaman cerucuk penahan atau 'bored pile retaining structure' di lokasi berkenaan telah dilakukan dengan diselia oleh JKR Kinta dan siap awal tahun ini.
"Pihak JKR Kinta akan melakukan tinjauan hari ini di lokasi berkenaan," menurut kenyataan itu.
Sejak semalam, gambar hakisan cerun itu tersebar menerusi aplikasi WhatsApp berserta pesanan meminta orang ramai berhati-hati ketika melalui jalan berkenaan disebabkan hakisan yang semakin teruk.
Topic Berkaitan
#cerun
#Jabatan Kerja Raya Perak
#Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands
#viral
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan