awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gambar hisap 'vape': Ikmal Hisham gesa Speaker panggil, tegur jurugambar PM

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
09/10/2023
05:20 MYT
Gambar hisap 'vape': Ikmal Hisham gesa Speaker panggil, tegur jurugambar PM
Gambar tular baru-baru ini yang mendakwa Ikmal Hisham menghisap vape di Dewan Rakyat pada persidangan sebelum ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (PN-Tanah Merah) menggesa Yang Dipertua Dewan Rakyat memanggil dan menegur jurugambar Perdana Menteri susulan gambar beliau didakwa menghisap vape yang tular baru-baru ini.
Beliau yang sekali lagi menegaskan tidak menghisap vape dan bukan perokok, berkata tindakan itu adalah sebagai pengajaran kepada jurugambar tersebut.
Tegas beliau, imejnya perlu dibersihkan selepas menerima pelbagai kecaman di media sosial baru-baru ini.
"Adakah Speaker telah memanggil jurufoto tersebut, saya percaya jurufoto yang profesional tidak akan ambil gambar hanya sekeping dan apakah ada semakan melalui CCTV (kamera liat tertutup) dibuat?
"Ini imej saya yang tercemar sebab itu saya minta juga Speaker... kalau terbukti saya tidak hisap vape, teguran perlu diberi kepada orang luar tidak kira jurufoto dan yang dibenarkan masuk jangan buat viral," katanya.
Tambahnya, berdasarkan Peraturan Mesyuarat Seksyen 9, ia jelas membuktikan tindakan jurugambar berkenaan adalah salah kerana menyebarkan gambar sekali gus mencetuskan fitnah.
Terdahulu, Ikmal mengesahkan telah menerima surat daripada Speaker Dewan Rakyat mengatakan bahawa tidak dapat disahkan beliau menghisap vape.
Turut menyuarakan gesaan berkenaan ialah Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu).
Beliau menyifatkan tindakan jurugambar berkenaan seolah-olah 'paparazi' yang sengaja mahu mencari salah Ahli Dewan tertentu.
Topic Berkaitan
#hisap vape
#Ikmal Hisham
#tindakan Speaker
#jurugambar perdana menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan