awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gambar Jalur Gemilang dipasang terbalik adalah gambar lama - Polis

Bernama
Bernama
28/08/2024
01:30 MYT
Gambar Jalur Gemilang dipasang terbalik adalah gambar lama - Polis
Polis menasihati orang ramai supaya mendapatkan maklumat daripada sumber sahih serta tidak menyebarkan maklumat tidak tepat.
BATU KAWAN: Gambar tular yang memaparkan bendera Jalur Gemilang dipasang secara terbalik di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Bukit Tambun di sini adalah gambar lama yang berlaku pada 2020.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Supt Chong Boo Khim meminta semua pihak berhenti memanipulasikan gambar itu supaya tidak menimbulkan kekeliruan dan mencetuskan isu perkauman.
"Polis terkesan hantaran di laman Facebook oleh satu akaun yang memaparkan bendera Malaysia dipasang dengan cara salah dan hasil siasatan mendapati kes itu berlaku di sebuah SJKC pada 2020 yang kemudian ia diulang siar individu tidak bertanggungjawab," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau menasihati orang ramai supaya mendapatkan maklumat daripada sumber sahih serta tidak menyebarkan maklumat tidak tepat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#foto tular
#Jalur Gemilang
#terbalik
#Chong Boo Khim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan