awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gandingan Dr Noor Hisham dan BoBoiBoy hapuskan COVID-19

Astro Awani
Astro Awani
23/10/2020
04:49 MYT
Gandingan Dr Noor Hisham dan BoBoiBoy hapuskan COVID-19
Dr Noor Hisham muncul dalam watak animasi bersama wira kanak-kanak popular, BoBoiBoy yang turut disertai rakan-rakannya. - Foto YouTube
KUALA LUMPUR:Selepas muncul di kaca televisyen menyampaikan perkembangan wabak COVID-19 saban hari, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah membuat kemunculan pula di laman media sosial YouTube dengan penampilan yang berbeza.
Berbeza yang bagaimana? Kali ini Dr Noor Hisham muncul pula sebagai satu watak animasi bersama wira kanak-kanak popular, BoBoiBoy yang turut disertai rakan-rakannya.
Video berdurasi seminit terbitan studio animasi tempatan, Monsta itu diterbitkan dalam kategori pesanan khidmat masyarakat (PSA) itu yang memaparkan Dr Noor Hisham bersama-sama BoBoiBoy dan rakan-rakannya dalam usaha melawan pandemik COVID-19.
Hasil inisiatif Kementerian Kesihatan, video berkenaan bertujuan mewujudkan kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia betapa pentingnya menjaga kebersihan diri dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam suasana norma baharu.
Adik-adik semua, hero adik-adik dah amalkan bersama Ketua Pengarah Kesihatan. Jadi adik-adik pun kena amalkan juga ya. Mak dan ayah, jangan lupa sampaikan pesanan ni pada anak-anak kecil ya. Kita boleh putuskan rantaian jangkitan COVID-19 ni! pic.twitter.com/cnYHOQjCRA
— KKMalaysia (@KKMPutrajaya) October 22, 2020
Pesanan yang turut disampaikan di dalam video berkenaan adalah CAPP yang membawa maksud:
C- Cegah COVID-19 dengan mendidik keluarga dan komuniti A- Amalkan tingkah laku yang baik bagi melindungi diri daripada jangkitan P- Patuhi SOP dan arahan yang ditetapkan P- Pantau kesihatan diri bagi pastikan anda tidak bergejala
Topic Berkaitan
#Noor Hisham Abdullah
#Dr Noor Hisham Abdullah
#YouTube
#SOP
#video
#Kementerian Kesihatan
#COVID-19
#Malaysia
#keluarga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan