Gandingan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan kembali menjawat sebagai timbalan perdana menteri dalam kerajaan mampu mengembalikan negara kepada "the good old days", kata Naib Presiden PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Timbalan Menteri Industri Utama itu bersetuju dengan cadangan gandingan itu sebagai satu proses transisi sebelum Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri ke-8 nanti kerana ia merupakan gandingan yang cukup berwibawa serta dapat menyakinkan pelabur asing.
"Namun, terdapat perbincangan antara Dr Mahathir dan Anwar bahawa perdana menteri akan menjaga negara manakala Anwar akan melakukan reformasi parlimen. Selain itu, Anwar juga menyatakan bahawa beliau tidak mahu campur tangan urusan kabinet.
"Bagaimana ia akan berkembang selepas itu adalah terlalu awal untuk kita komen. Walaupun saya bersetuju dengan cadangan (gandingan) itu, namun saya akan menghormati keputusan dan perbincangan pucuk pimpinan," katanya dalam sidang media di sini pada Selasa.
Anwar menyandang jawatan timbalan perdana menteri sejak 1993 sebelum dipecat pada September 1998.
Presiden PKR itu akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson setelah penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah mengosongkan kerusi itu bagi memberi laluan kepada Anwar kembali ke Parlimen.
Berhubung pemilihan PKR bermula 22 Sept ini hingga 21 Okt depan, Shamsul Iskandar berkata "Gandingan AA" (Anwar dan Azmin) iaitu Anwar dan penyandang timbalan presiden Datuk Seri Mohamed Azmin Ali merupakan gandingan mantap dengan pengalaman yang dimiliki mereka.
"Anwar pernah menyandang jawatan pemangku perdana menteri, timbalan perdana menteri, beliau tahu menguruskan negara dan juga mahir dalam Kabinet manakala rekod Azmin membuktikan beliau mahir dalam pentadbiran apabila menguruskan Selangor dengan baik.
"Elemen ini sebenarnya membantu parti menyakinkan rakyat bahawa kerajaan mampu 'deliver'. Kita ada empat tahun bekerja untuk rakyat sementara menunggu pilihan raya umum akan datang. Saya cenderung untuk mengekalkan momentum ini," katanya.
Ditanya peluang beliau mempertahankan jawatan Naib Presiden dalam pemilihan parti akan datang, Shamsul Iskandar berkata ia 'agak baik' kerana mempunyai 'modal politik' dan juru kempen yang sanggup berjuang bersamanya sejak menyandang jawatan Ketua Angkatan Muda PKR dari 2007 sehingga 2013.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 18 2018
Terdapat perbincangan antara Dr Mahathir dan Anwar bahawa perdana menteri akan menjaga negara manakala Anwar akan melakukan reformasi parlimen.
AWANI Ringkas: Menteri Besar Perlis beri keterangan kepada SPRM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki bunuh kekasih terlepas hukuman gantung, ganti jel 30 tahun
Seorang penyelenggara stor yang membunuh teman wanitanya dengan menjerut leher menggunakan kain tudung terselamat daripada tali gantung.
Empat lelaki ditahan bantu siasatan kes gaduh di kuil
Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek lain sedang giat dijalankan.
Pencarum perlu upskill dan reskill untuk tingkatkan jumlah wang persaraan - Pakar
Beliau berkongsi pandangan dalam program Niaga AWANI pada Selasa. Antara lain, beliau menasihatkan agar pencarum tingkatkan juga literasi kewangan.
[TERKINI] SPRM sahkan MB Perlis diambil keterangan
Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya bagi membantu siasatan kes melibatkan anak lelakinya.
Biotoksin masih tinggi, penternak diminta jangan jual kupang - Jabatan Perikanan
Ujian makmal turut mendapati sampel air dan kupang di perairan tersebut dicemari alga spesies 'Alexandrium' yang berbahaya kepada manusia.
Bintang 'Spider-Man' Tom Holland zahir hasrat kahwini aktres Zendaya
Bintang Spider-Man itu dikatakan sudah berbincang dengan Zendaya untuk berkahwin.
Kertas siasatan 10 individu berkait lelaki Israel dirujuk AGC minggu ini - KP KL
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, perbincangan akan diadakan bagi membuat keputusan terhadap tindakan lanjut yang akan dikenakan terhadap suspek terlibat.
Raja Charles III kembali jalani tugas awam selepas rawatan kanser
Raja Britain, Raja Charles III kembali menjalankan tugas awam selepas kesan positif rawatan kansernya.
LHDN pergiat ‘buru’ syarikat, individu culas bayar cukai
Ujar beliau, LHDN sentiasa memantau data-data sedia ada untuk tindakan sewajarnya.
LHDN pergiat ‘buru’ syarikat, individu culas bayar cukai
Ujar beliau, LHDN sentiasa memantau data-data sedia ada untuk tindakan sewajarnya.
Anwar minta seluruh negara Arab tegas dalam isu Palestin
Katanya, semua pihak juga perlu menyuarakan bantahan terhadap pencerobohan dan pendudukan haram Israel di tanah Palestin.
Anwar bertemu PM Qatar, zahirkan kesediaan Malaysia beri rawatan kepada rakyat Palestin
Perkara itu dimaklumkan oleh Anwar kepada Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al Thani pada pertemuan dua hala.
Mesyuarat khas WEF: Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
WEF: Perdagangan Malaysia, Arab Saudi boleh diperkukuh menerusi kerjasama - Tengku Zafrul
Kerjasama Malaysia-Arab Saudi dengan saling memanfaat kekuatan antara satu sama lain dapat menyokong pertumbuhan perdagangan dan pelaburan.
TotalEnergies setuju tingkat pelaburan di Malaysia - PM
TotalEnergies menyatakan komitmen dan bersetuju untuk mempertingkatkan pelaburan dalam sektor huluan minyak dan gas.
PM Anwar yakin terhadap IsDB dalam tangani ketidaksamaan, marginalisasi umat Islam
Bank itu mempunyai peranan untuk menangani isu ketidakadilan, ketidaksamaan dan marginalisasi terutamanya dalam kalangan umat Islam.
Malaysia amalkan dasar luar yang seimbang, elak provokatif - Anwar
Malaysia mengamalkan pendekatan dasar luar yang seimbang antara Barat dan Timur, selain mengelakkan sebarang keadaan yang dilihat sebagai provokatif, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Nahas helikopter Lumut: Presiden Turkiye ucap takziah kepada keluarga anggota, Malaysia - Anwar
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan mengutuskan ucapan takziah kepada keluarga 10 wira negara yang terkorban dalam nahas helikopter TLDM di Lumut, Perak.
Pihak dikaitkan dalam laporan berkaitan lesen kasino perlu ambil tindakan - PM Anwar
Laporan yang memetik satu sumber itu berkata perbincangan mengenai pemberian lesen itu masih di peringkat awal.