Sebanyak 39 kawasan di wilayah Klang/Shah Alam, Gombak, Petaling dan Kuala Lumpur masih dalam proses pemulihan akibat gangguan bekalan air setakat jam 6.30 petang ini.
Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri berkata peratusan pemulihan air di Gombak adalah 99.27 peratus, Petaling (98.36 peratus), Klang/Shah Alam (85.31 peratus) manakala Kuala Lumpur 97.57 peratus.
"Secara keseluruhan 1,253 kawasan telah pulih sepenuhnya daripada 1,292 kawasan yang terlibat gangguan bekalan air tidak berjadual dengan peratusan pemulihan pada tahap 96.98 peratus.
"Semua kawasan Kumpulan 1 dalam pelan pemulihan telah pulih sepenuhnya manakala lapan kawasan yang berada di Kumpulan 2 pelan pemulihan masih belum mendapat bekalan air yang sepatutnya pada 12 tengah malam, 8 Sept," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Elina berkata Air Selangor sedang mengambil tindakan untuk menstabilkan sistem agihan bagi memulihkan bekalan di kawasan terlibat.
Dalam pada itu, beliau berkata bekalan air di semua kawasan yang mengalami gangguan di Wilayah Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor telah pulih sepenuhnya hari ini.
Pengguna dinasihatkan supaya tidak menyimpan dan menggunakan air berlebihan bagi memastikan proses pemulihan bagi kawasan yang masih terjejas berjalan lancar dan mengikut jadual pelan pemulihan Air Selangor, katanya.
Gangguan bekalan air sekitar Lembah Klang bermula 3 Sept lepas apabila Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Rantau Panjang dihenti tugas akibat pencemaran sumber air mentah.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 08 2020
Secara keseluruhan 1,253 kawasan telah pulih sepenuhnya daripada 1,292 kawasan yang terlibat gangguan bekalan air tidak berjadual. - BERNAMA
Lelaki ragut wanita di Klang menangis dipenjara lima tahun, dua sebatan
Tertuduh, Muhammad Syafiei Hasan, 24, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Sharifah Hascindie Syed Omar.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
AWANI Ringkas: Lelaki lepas tembakan di KLIA didakwa cuba bunuh isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peniaga wanita ditahan jual beg tiruan dalam talian
Seorang peniaga wanita ditahan selepas dikesan menjalankan aktiviti menjual beg tiruan dalam talian menggunakan cap dagangan secara salah.
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
Air Selangor dijadual bayar balik pinjaman RM248.7 juta bermula 2031
Air Selangor dijadualkan membayar balik pinjaman kepada kerajaan negeri sebanyak RM248.7 juta bermula 2031.
Air Selangor tekad tingkat mutu perkhidmatan demi kesejahteraan pengguna
Air Selangor beriltizam untuk beroperasi secara bertanggungjawab dalam membina daya tahan dan kelestarian bekalan air serta meningkatkan mutu perkhidmatannya untuk kesejahteraan pengguna.
Pencemaran bau: Empat wilayah di Selangor alami gangguan air tidak berjadual
Empat wilayah di Selangor melibatkan Petaling, Sepang, Hulu Langat dan Kuala Langat akan mengalami gangguan air tidak berjadual.
Bekalan air Hulu Selangor pulih, enam daerah lain 72.8 peratus
Bekalan air di Hulu Selangor telah pulih sepenuhnya sementara tahap pemulihan di enam daerah lain mencapai 72.8 peratus.
Bekalan air ke kawasan terjejas pulih 37.3 peratus - Air Selangor
Kawasan-kawasan yang masih terlibat adalah Petaling, Kuala Lumpur, Gombak, Shah Alam, Klang, Hulu Selangor dan Kuala Selangor.
Kerja-kerja tambah baik di LRA Sungai Langat tidak jejas pemulihan bekalan air - Air Selangor
Air Selangor memaklumkan kerja penambahbaikan, penyenggaraan dan penggantian aset di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Langat masih dijalankan dan dijangka siap malam ini.
Petaling, KL, Hulu Langat alami gangguan bekalan air berjadual 10 Okt ini - Air Selangor
Kawasan Petaling, Kuala Lumpur dan Hulu Langat dijangka mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula 9 pagi, pada 10 Oktober ini.
Gangguan bekalan air enam wilayah mula disalur berperingkat
Gangguan bekalan air di enam wilayah membabitkan Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur dan Kuala Selangor mula disalurkan secara berperingkat.
Air Selangor harap pelarasan tarif air dilaksanakan secepat mungkin
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menyatakan harapan agar pelarasan tarif air bagi kategori domestik dapat dilaksanakan secepat mungkin.
Gangguan bekalan air di 99 kawasan di Klang, Shah Alam, Kuala Selangor mulai hari ini
Sebanyak 99 kawasan di Wilayah Klang/Shah Alam dan Kuala Selangor menghadapi gangguan bekalan air tidak berjadual bermula hari ini.