awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gangguan air: Kawasan anda terjejas? Semak di sini!

Astro Awani
Astro Awani
04/06/2024
10:26 MYT
Gangguan air: Kawasan anda terjejas? Semak di sini!
Pelaksanaan kerja-kerja ini bakal menyebabkan gangguan bekalan air berjadual di Wilayah Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Selangor bermula jam 9 pagi, Rabu. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Air Selangor ingin mengingatkan para pengguna mengenai pelaksaanan kerja-kerja penyenggaraan dan penggantian aset di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1).

Ringkasan AI
  • Air Selangor ingin mengingatkan para pengguna mengenai pelaksaanan kerja-kerja penyenggaraan dan penggantian aset di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1.Pelaksanaan kerja-kerja ini bakal menyebabkan gangguan bekalan air berjadual di Wilayah Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Selangor bermula jam 9 pagi, Rabu

Pelaksanaan kerja-kerja ini bakal menyebabkan gangguan bekalan air berjadual di Wilayah Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Selangor bermula jam 9 pagi, Rabu.
Para pengguna dijangka akan menerima bekalan air secara berperingkat-peringkat bermula 3 pagi, Khamis (6 Jun) setelah kerja-kerja penyenggaraan dan penggantian aset siap, dan seterusnya apabila sistem agihan utama bekalan air telah distabilkan.
Berikut antara kawasan-kawasan terjejas yang meliputi tujuh daerah di sekitar Lembah Kelang dan Selangor:
View this post on Instagram
A post shared by Air Selangor (@airselangor)
View this post on Instagram
A post shared by Air Selangor (@airselangor)
Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan pada sistem agihan bekalan air.
Air Selangor akan menggerakkan lori-lori tangki air ke kawasan-kawasan yang terjejas dengan memberikan keutamaan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian.
Air Selangor ingin menasihatkan para pelanggan yang terjejas untuk menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual ini.
Topic Berkaitan
#gangguan air
#Air Selangor
#LRA SSP1
#Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan