awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
CAS benarkan tujuh pemain warisan Harimau Malaya kembali beraksi - FAM
Lelaki warga emas meninggal dunia ketika terima rawatan akibat dipukul
ICC beri lampu hijau perbicaraan bekas Presiden Filipina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gangguan 'autogate' pelawat asing: AKPS, JIM usaha pulihkan sistem elak kesesakan

Astro Awani
Astro Awani
19/07/2025
08:59 MYT
Gangguan 'autogate' pelawat asing: AKPS, JIM usaha pulihkan sistem elak kesesakan
Siasatan awal mendapati isu ini berpunca daripada gangguan integrasi data yang menyebabkan proses semakan silang dalam sistem MyIMMS menjadi perlahan. - Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) memaklumkan berlaku gangguan teknikal pada sistem autogate pelawat asing sejak semalam.
Gangguan itu melibatkan pintu masuk utama negara termasuk di KLIA Terminal 1 dan 2, selain Kompleks CIQ di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Johor.
“Siasatan awal mendapati isu ini berpunca daripada gangguan integrasi data yang menyebabkan proses semakan silang dalam sistem MyIMMS menjadi perlahan,” menurut kenyataan AKPS pada Sabtu.
Tambahnya, sistem autogate yang dikhususkan kepada pelawat asing tidak dapat berfungsi seperti biasa.
AKPS dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sedang bekerjasama rapat untuk mengenal pasti punca sebenar masalah dan mencari jalan penyelesaian secepat mungkin.
“Semua kaunter manual telah diaktifkan sepenuhnya dan anggota tambahan telah dikerahkan untuk menguruskan aliran keluar masuk pelawat serta mengawal barisan menunggu dengan kapasiti terbaik,” katanya.
Bagaimanapun, AKPS memberi jaminan bahawa sistem autogate untuk pemegang pasport Malaysia tidak terjejas dan masih beroperasi seperti biasa.
“Pemegang pasport Malaysia boleh terus menggunakan kemudahan autogate tanpa sebarang masalah,” kata kenyataan sama.
AKPS turut menyatakan sedang berusaha sedaya upaya untuk memulihkan sistem dan melancarkan semula pergerakan di semua pintu masuk negara.
Topic Berkaitan
#Imigresen
#KLIA
#Jabatan Imigresen Malaysia
#autogate
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan