awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN cadang isu lambakan barangan import dimasukkan dalam terma, rujukan jawatankuasa khas
Lebih 4,000 kes kanser direkod sejak 2022 di Melaka - Ngwe
Belum ada garis masa bawa penambahan kerusi DUN Sarawak ke Parlimen - Alexander
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gangguan bekalan air 10 jam di Pulau Pinang esok

Bernama
Bernama
09/06/2017
11:57 MYT
Gangguan bekalan air 10 jam di Pulau Pinang esok
Bekalan air di 11 kawasan akan terganggu selama 10 jam esok bagi membolehkan kerja pembaikan segera kebocoran injap udara 150mm pada saluran paip 900mm di Jalan Tun Dr Lim Chong Eu.
Bekalan air di 11 kawasan di sini akan terganggu selama 10 jam esok bagi membolehkan kerja pembaikan segera kebocoran injap udara 150mm pada saluran paip 900mm di Jalan Tun Dr Lim Chong Eu, di sini.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) , Datuk Jaseni Maidinsa berkata dalam satu kenyataan hari ini kawasan yang terlibat adalah Berek Polis Marin, Terminal Polis Marin, Kedai Ikan Bakar dan kawasan restoran makanan laut, Bayan Mutiara, Persiaran Bayan Indah, Queensbay Mall, Jalan Batu Uban 3, Desa Riang, Kondominium E-Park dan Kondominium N-Park.
Beliau berkata gangguan bekalan air bermula dari pukul 8 pagi hingga 6 petang, 10 Jun.
"Jika dibiarkan kebocoran itu terlalu lama, ia akan mengakibatkan kehilangan air yang banyak dan boleh mengakibatkan gangguan bekalan air.
Oleh kerana itu, tujuan utama kerja pembaikan esok adalah untuk mengelakkan gangguan bekalan air berskala besar yang boleh menjejaskan kawasan selatan bahagian pulau di Pulau Pinang.
Jaseni berkata PBAPP juga menasihatkan semua pelanggan yang akan terjejas akibat gangguan bekalan air berjadual itu supaya menyimpan air untuk kegunaan harian mereka.
PBAPP memohon maaf terhadap segala kesulitan yang timbul esok berikutan gangguan bekalan air berjadual itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#air
#bekalan
#gangguan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan