SEREMBAN: Sebahagian kawasan di daerah Seremban, Jelebu dan Kuala Pilah akan mengalami gangguan bekalan air sementara selama 24 jam mulai 8 pagi pada 12 Okt ini.
Ketua Bahagian Perhubungan Awam Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS) Norzita Ismail dalam kenyataan berkata gangguan bekalan air itu berikutan kerja penyelenggaraan dan pencucian Loji Rawatan Air (LRA) serta pengalihan paip.
Beliau berkata di Seremban, kawasan terlibat adalah seluruh kawasan Mantin, Lenggeng, Broga Pajam, seluruh kawasan Nilai Perdana, Mayang Sari, seluruh kawasan perumahan Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Kampung Jijan, Kampung Kubang, Kampung Tanjung, Flat Pajam, Citra Hill Fasa Satu dan Dua, Industri Pajam dan Nada Alam.
Turut terjejas seluruh kawasan Batang Benar, Rumah Rakyat Batang Benar, Apartment Bukit Inai, Taman Dahlia, Taman Melur, Sungai Mahang, seluruh kawasan Taman Semarak Satu dan Dua, Industri Semarak 2, seluruh kawasan Perindustrian Nilai, Arab Malaysian Nilai 3, Nilai Impian, Taman Desa Jati, Nilai Spring, Pekan Nilai, Taman Ban Aik dan Taman Rose Merah.
Selain itu, gangguan bekalan itu turut melibatkan Rumah Rakyat Nilai, Industri Arab Malaysian, Taman Desa Ria, Taman Desa Saga, Taman Teratai Nilai 7, Industri Nilai 7, Nilai Impian, seluruh kawasan Bandar Baru Nilai, Taman Desa Indah, Impian Resident, Desa Jasmin, seluruh kawasan Desa Cempaka 1, 2 dan 3, Desa Kasurina, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Desa Kasia, Desa College, Nilai Medical Centre, Desa Anggerik, Kota Sri Emas dan Kampung Felda LBJ.
Turut terjejas, kawasan Industri Eco Park Enstek, seluruh kawasan Bandar Pendidikan Enstek, Gadong Jaya, Jalan Labu dari Batu 10 hingga Batu 14, Kampung Kondok, Kampung Labu Hilir, Taman Dato Shahruddin, Kampung Pulau, Kampung Lambar, Kampung Batu 10 Labu, Felda Sendayan, Jimah Baru, Jimah Lama Port Dickson, Gadong Fasa Satu hingga Empat, Taman Gadong Putra, seluruh kawasan Kampung Gadong SC, Nusari Bayu, Hijayu, Bandar Sri Sendayan, Sendayan Indah, Bukit Sendayan dan sekitar.
Di daerah Jelebu pula melibatkan Pasoh 1, Pasoh 2, Pasoh 3, Pasoh 4, Simpang Pertang, Pertang, Geylang, Parit Gong, Jalan Simpang Pertang dan kawasan sekitar.
Bagi daerah Kuala Pilah, gangguan bekalan di Pekan Kuala Pilah, Dioh, Kampung Sungai Dua Kecil, Kampung Sungai Dua Besar, Jalan Seremban Lama, Kampung Parit, Kampung Parit Seberang, Rumah Rakyat Ampang Tinggi, Kampung Telok, Kampung Pulau Pandan dan Kampung Parit Mungkal.
Norzita berkata bekalan air dijangka pulih secara berperingkat selepas kerja berkenaan selesai dan pengguna yang memerlukan bantuan boleh menghubungi SAINS menerusi talian bebas tol 1-800-88-6982.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 06 2021
Gangguan bekalan air itu berikutan kerja penyelenggaraan dan pencucian Loji Rawatan Air (LRA) serta pengalihan paip. - Gambar hiasan
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
10 Berita Pilihan - (26 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Gangguan bekalan elektrik punca air tiada di Paloh, Gua Musang - AKSB
Gangguan elektrik itu telah memberi kesan secara langsung kepada pengoperasian harian loji, dan sejumlah 100 daripada 371 akaun pengguna.
Bekalan air di Felda Perasu terputus kerana gangguan elektrik - AKSB
Bekalan air yang terputus di kawasan Felda Perasu, Gua Musang pada awal Aidilfitri adalah disebabkan gangguan bekalan elektrik.
Kerajaan Johor gesa Ranhill SAJ segera tangani isu gangguan bekalan air
Kerajaan Johor menggesa Ranhill SAJ untuk segera menangani isu gangguan bekalan air yang masih berlaku pada musim perayaan Aidilfitri ini.
Sambutan Aidilfitri suram, 300 keluarga mukim Telipot berdepan masalah bekalan air
Penduduk tidak dapat menyediakan juadah raya seperti sebelum ini kerana bekalan air yang disimpan hanya mencukupi untuk mandi dan keperluan penting.
Tindakan pantas LUAS cegah gangguan bekalan air pada Aidilfitri
Tindakan pantas Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dalam mengesan pencemaran bau dipercayai diesel semalam berjaya mengelakkan berlakunya gangguan bekalan air pada sambutan Aidilfitri hari ini.
Hampir 6,000 pengguna di Kuala Krai alami gangguan bekalan air
Penduduk berharap masalah itu dapat diatasi segera supaya penduduk terjejas dapat membuat persiapan Aidilfitri dengan selesa.
Aidilfitri: PBAPP gerakkan 13 lori tangki air hingga Ahad ini
PBAPP menggerakkan 13 lori tangki air bermula semalam hingga 14 April ini sebagai langkah bersiap siaga untuk mengelak atau meminimumkan gangguan bekalan air.
Gangguan bekalan air di Pasir Mas, Tumpat semakin pulih - Exco
Ia berikutan hasil tindakan segera pihak berwajib menyelesaikan masalah tersebut.
AKSB jamin bekalan air di Pasir Mas, Tumpat pulih sebelum Aidilfitri
AKSB memberi jaminan gangguan bekalan air yang berlaku di Pasir Mas dan Tumpat akan pulih sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Pasir Mas, Tumpat dijangka sambut Aidilfitri tanpa bekalan air
Penduduk di jajahan Pasir Mas dan Tumpat dijangka mengalami gangguan bekalan air pada Aidilfitri ini berikutan pengurangan air mentah di Loji Rawatan Air (LRA) Kelar.