Gangguan bekalan air sehingga 86 jam dijangka berlaku di Klang, Shah Alam, Petaling, Gombak, Kuala Lumpur, Kuala Langat dan Kuala Selangor susulan kerja-kerja penambahbaikan perkakasan kritikal sistem bekalan elektrik di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 (LRA SSP2) pada 24 April.
Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) Charles Santiago berkata pelaksanaan kerja-kerja penambahbaikan oleh Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) itu perlu dibuat dengan segera untuk mencegah sebarang kerosakan atau risiko kegagalan sistem elektrik bagi mengelakkan gangguan bekalan air yang tidak terancang kepada pengguna.
"Kerja-kerja penambahbaikan akan bermula dari jam 9 pagi sehingga 11 malam iaitu selama 14 jam dan akan menyebabkan henti tugas di LRA SSP2.
"Henti tugas LRA SSP2 ini akan menyebabkan gangguan bekalan air sehingga 86 jam bergantung kepada lokasi dan kedudukan pengguna dengan sebanyak 620,835 akaun atau 4,143,465 pengguna di 577 kawasan akan terkesan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Santiago berkata pihak Air Selangor akan mengambil langkah yang berkenaan dan berusaha untuk mengurangkan impak dan memendekkan tempoh gangguan bekalan air kepada semua pengguna yang terlibat.
"Antaranya adalah memberikan bantuan bekalan air melalui tangki lori air, tangki statik, pili awam, stesen pengisian air setempat dan agihan botol air minuman selain memastikan bantuan bekalan air dibekalkan ke premis kritikal seperti hospital, pusat dialisis dan sebagainya," katanya.
Santiago berkata bekalan air dijangka pulih secara berperingkat selepas kerja-kerja penambahbaikan selesai dilaksanakan dan LRA SSP2 beroperasi semula.
"Air Selangor menjangka bahawa hampir 50 peratus daripada kawasan yang terjejas akan menerima bekalan air melalui paip dalam tempoh 24 jam," katanya.
Beliau berkata pengguna adalah dinasihati untuk menyimpan air yang mencukupi bagi tempoh gangguan bekalan air sementara itu dan disarankan menggunakan air secara berhemah untuk mengelakkan pembaziran. -- Bernama
Bernama
Thu Apr 18 2019

Gangguan bekalan air dijangka berlaku sehingga 86 jam, bergantung pada lokasi. - BERNAMA/Fail

Indeks Persepsi Rasuah: Malaysia jatuh ke tangga 57
Malaysia mencatatkan skor sebanyak 51 daripada 100 berbanding skor sebanyak 53 peratus pada tahun sebelumnya.

COVID-19 | Sekatan di England diteruskan sehingga 8 Mac depan
Perdana Menteri UK, Boris Johnson pertahan keputusan berkenaan sekatan di England tetap akan diteruskan sekurang-kurangnya sehingga 8 Mac ini. Johnson mengingatkan bahawa sasaran sekatan sehingga 8 Mac itu bergantung kepada kejayaan sekatan yang sedang dilaksanakan danprogram vaksinasi di negara itu.

Vaksin COVID-19 | Ketegangan antara Astrazeneca dan EU berterusan
Ketegangan antara Kesatuan Eropah dan Astrazeneca kian meningkat selepas pengeluar vaksin COVID-19 itu terus mempertahankan diri daripada tuntutan mengingkari perjanjian dalam pengedaran vaksin. Ketua Eksekutifnya, Pascal Soriot mendakwa, pengagihan kepada blok 27 negara itu adalah sasaran dan bukanlah satu bentuk komitmen.

COVID-19 Global | New Zealand catat 2 kes tambahan dalam komuniti
New Zealand yang menerima pujian kerana kecekapan dalam mengendalikan pandemik COVID-19, kini mula mencatatkan kembali kes penularan dalam komuniti. Tambahan dua kes positif COVID-19 varian afrika selatan melibatkan seorang dewasa dan anaknya itu dipercayai dijangkiti di tempat kuarantin bagi pesakit pertama hujung minggu lalu.

PdPR | Pusat Internet Komuniti beri manfaat kepada pelajar
Pusat Internet Komuniti (PIK) merupakan antara pendekatan yang boleh membantu menangani masalah pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) ketika ini. Bagi seorang pelajar Che Hafizal Farish Che Kheari... Dia sering datang ke Pusat Internet Komuniti di sebuah kampung di Tambun untuk mengulangkaji pelajaran.

Sarawak aktifkan semula pusat transit gelandangan di Sibu
Kerajaan negeri mengaktifkan semula pusat transit sementara bagi menempatkan gelandangan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Bahagian Sibu.

Perayaan Thaipusam: Pihak berkuasa mengawal rapi sambutan di Sg Petani
28 anggota polis ditempatkan di Kuil Sri Subramaniam, Sungai Petani ketika perayaan thaipusam bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah memaklumkan, berdasarkan arahan terbaru dari Majlis Keselamatan Negara (MKN), hanya lima orang saja dibenarkan berada di kuil sepanjang perayaan itu berlangsung.

Macau Scam: Wanita rugi lebih RM125,000 ditipu penyamar LHDN, polis
Seorang kakitangan awam berputih mata apabila duit pinjaman dan simpanannya lesap sekelip mata selepas diperdaya sindiket Macau Scam. Mangsa wanita berusia 46 tahun itu bekerja sebagai pembantu tadbir amanah kerugian RM125,498.25 selepas ditipu anggota sindiket yang mendakwa pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Rasuah | Perangi rasuah tidak boleh bermusim
Usaha membudayakan integriti dan memerangi rasuah tidak sepatutnya dilakukan secara bermusim. Memetik kupasan Felo Utama Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Datuk Dr Anis Yusal Yusoff menerusi portal Sinar Harian, beliau menegaskan usaha itu harus berterusan dan berulang kali.

APM | Graduan universiti digalak sertai APM
Golongan belia dan graduan universiti di Kedah dipelawa untuk menyertai angkatan pertahanan awam memandangkan pasukan itu memerlukan lebih 1,000 anggota tahun ini sebagai tambahan kepada keanggotaan sedia ada. Menurut Pengarah APM Kedah, Leftenan Kolonel (Pa) Awang Askandar Ampuan Yaacob, pihaknya mencari anggota yang berkualiti dan mereka akan diberi latihan, pakaian seragam serta dibayar elaun mengikut kiraan tugas setiap hari.

Air Selangor peruntuk RM293 juta turunkan kadar air tidak berhasil
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memperuntukkan RM293 juta tahun ini berbanding RM255 juta pada 2020 untuk mencapai penurunan kadar air tidak berhasil (NRW) pada tahun ini.

Bekalan air di Kuala Lumpur, Petaling, Hulu Langat pulih 57%
Air Selangor dalam satu kenyataan pada Sabtu memaklumkan bekalan air telah mula disalurkan kepada para pengguna bermula jam 2 pagi ini.

36 kawasan di Shah Alam, Klang, Petaling alami gangguan bekalan air berjadual 12 Januari ini
22 kawasan di Shah Alam, empat kawasan di Klang dan 10 kawasan di Petaling akan mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula jam 9:00 pagi, 12 Januari 2021.

Bekalan air di Wilayah Hulu Selangor pulih sepenuhnya
Air Selangor ingin mengucapkan terima kasih kepada para pengguna di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan.

Henti tugas LRA Sungai Selisek, lapan kawasan dijangka terjejas - Air Selangor
Jangkaan untuk LRA itu beroperasi semula tidak dapat dipastikan ketika ini kerana hujan belum berhenti dan paras air masih kritikal.

Pembaikan paip putus selesai, penyaluran air secara berperingkat - Air Selangor
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam satu kenyataan memaklumkan para pengguna yang terjejas kini mula mendapat bekalan air secara berperingkat.

Gangguan bekalan air: Kerja pembaikan paip putus Damansara Utama lewat 4 jam
Menurut Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), terdapat masalah teknikal dan keselamatan melibatkan kerja pengalihan paip sementara di atas bahu jalan Lebuhraya SPRINT.

Paip putus: Kerja pembaikan 30 jam, bekalan pulih petang 1 Jan
Kerja pembaikan dijangka siap pada pagi 31 Disember dan bekalan akan pulih sepenuhnya di 63 kawasan di Lembah Klang pada 6 petang, 1 Januari 2021.

Kerja pembaikan paip Sek 15 Shah Alam selesai, bekalan pulih 12 tengah hari
Bekalan air mula disalurkan kepada para pengguna yang terjejas sejak jam 9.30 malam tadi.

43 kawasan di Wilayah Petaling alami gangguan bekalan air akibat tanah runtuh
Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) berkata, kerja baik pulih sambungan paip berkenaan sudah dimulakan namun belum dapat menjangka bila ia akan selesai.