Ribuan penduduk daerah Melaka Tengah dan Jasin, Melaka naik berang apabila bekalan air ke rumah mereka terputus.

Gangguan air yang dihadapi mereka bukan sehari dua, tetapi sudah masuk hari keenam.

Penduduk di dua daerah itu mengeluh akibat ketiadaan air dan kehidupan mereka, semakin tertekan lebih-lebih lagi apabila Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) didakwa langsung tidak memberi notis awal gangguan bekalan air.

Penduduk menganggap Syarikat Air Melaka mencurangi kesetiaan mereka sebagai pembayar bil air yang patuh dan mendakwa syarikat itu langsung tidak kasihan terhadap penderitaan mereka apabila ketiadaan air.

Mereka mengakui, tanpa notis awal, mereka langsung tidak sempat menadah air untuk kegunaan di dapur dan tandas.


Dalam pada itu, Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari dalam kenyataannya berkata, Syarikat Air Melaka kini berusaha mendapatkan bantuan air terutamanya dari Johor.

Selain itu, proses memindahkan air mentah dari Empangan Ayer Keroh, Lombong Kesang Pajak (Jasin), Kolam Tebat Banjir JPS (Durian Tunggal), Loji Air Gadek (Alor Gajah), dan Kolam Takungan Gangsa, (Durian Tunggal) sebagai alternative turut dijalankan.

Beliau turut berjanji bahawa air akan dibawa air akan dibawa menggunakan lori tangki.

Ia melibatkan 16 buah lori tangki syarikat air melaka serta lori tangki tambahan dari Ranhill SAJ (Johor), Syarikat Air Selangor (AIS), dan Lembaga Air Perak (LAP).

Laman web Syarikat Air Melaka memaklumkan gangguan bekalan yang dialami kini berpunca daripada purata hujan yang rendah.