awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gangguan bekalan air di Selangor, KL akibat penutupan loji Sungai Semenyih

Bernama
Bernama
24/03/2015
07:37 MYT
Gangguan bekalan air di Selangor, KL akibat penutupan loji Sungai Semenyih
Gangguan bekalan air tidak berjadual berlaku di beberapa kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur sejak minggu lepas lepas ekoran penutupan Loji Rawatan Air (LRA).
Gangguan bekalan air tidak berjadual berlaku di beberapa kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur sejak minggu lepas lepas ekoran penutupan Loji Rawatan Air (LRA) akibat pencemaran air mentah dan penutupan rumah pam.
Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) Priscilla Alfred berkata penutupan LRA Sungai Semenyih pada 8.30 malam 19 Mac lepas menyebabkan gangguan di Wilayah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang.
"Sehingga 8 pagi hari ini, hanya 32 kawasan (15,596 pintu rumah) daripada 209 kawasan di Wilayah Hulu Langat yang masih dalam pemulihan bekalan air. Namun, situasi bertambah baik dengan tahap pemulihan bekalan air mencapai 99.9 peratus," katanya dalam kenyataan hari ini. Beliau berkata berdasarkan situasi terkini, Syabas menjangkakan bekalan air di kesemua kawasan ini akan pulih sepenuhnya menjelang lewat malam esok.
Priscilla berkata bekalan air di Wilayah Petaling, Sepang dan Kuala Langat pula pulih sepenuhnya pada 23 Mac selepas gangguan bekalan air di 13 kawasan di Wilayah Kuala Lumpur akibat penutupan operasi rumah pam Perkuat Kuari, Cheras pada 22 Mac lepas.
Pengguna boleh mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini mengenai gangguan bekalan air daripada Pusat Panggilan Syabas (Puspel) di talian bebas tol 1-800-88-5252 atau menerusi aplikasi mudah alih mySYABAS.
Topic Berkaitan
#air
#bekalan air
#loji rawatan air
#LRA
#rumah pam
#SYABAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan