awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gangguan bekalan air: Kebanyakan kilang di P.Pinang akan tutup operasi dua hari

Bernama
Bernama
04/01/2024
11:12 MYT
Gangguan bekalan air: Kebanyakan kilang di P.Pinang akan tutup operasi dua hari
Tindakan menghentikan operasi buat sementara waktu terpaksa diambil kerana kebanyakan kilang itu memerlukan penggunaan air yang banyak dalam operasi hariannya. - Gambar hiasan
GEORGE TOWN: Dalam tempoh bekalan air di Pulau Pinang ternganggu selama empat hari mulai 10 Jan ini, kebanyakan pengilang dalam kategori perusahaan kecil sederhana (PKS) di sini dijangka menghentikan operasi mereka sekurang-kurangnya selama dua hari.
Pengerusi Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) Pulau Pinang Datuk Seri Lee Teong Li berkata tindakan menghentikan operasi buat sementara waktu terpaksa diambil kerana kebanyakan kilang itu memerlukan penggunaan air yang banyak dalam operasi hariannya.
Beliau berkata berdasarkan tinjauan dan maklum balas terhadap pemilik kilang-kilang berkenaan yang menjadi ahli FMM, kebanyakan kilang itu akan menutup (shut down) operasi mereka pada hari pertama dan kedua semasa gangguan air berlaku.
''Ini kerana kebanyakkan ahli kami terdiri daripada pemilik kilang yang terlibat dalam industri makanan, 'metal fabrication', 'mix chemical', 'metal polishing' dan sebagainya, yang menggunakan air yang banyak ketika beroperasi. Hari ketiga pula kilang-kilang akan berada dalam tempoh 'standby' untuk lihat sama ada bekalan air sudah pulih atau sebaliknya," katanya ketika dihubungi hari ini.
Sebelum ini, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang PBAPP mengumumkan kira-kira 590,000 pengguna termasuk bukan domestik akan mengalami gangguan air berjadual selama 96 jam bermula 6 pagi pada 10 Jan hingga 6 pagi 14 Jan, untuk memberi laluan kepada kerja-kerja penggantian dua unit injap di Loji Rawatan Air Sungai Dua serta kerja sampingan lain di 22 lokasi seluruh Pulau Pinang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gangguan bekalan air
#kilang tutup operasi
#pulau pinang
#Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan