KUALA LUMPUR: Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih yang dihenti operasi berikutan pencemaran bau kembali beroperasi selepas mencatatkan bacaan tahap 0 TON sebanyak tiga kali berturut-turut.
Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Elina Baseri, bagaimanapun memaklumkan, proses pembersihan sistem rawatan air perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum dapat memulakan proses rawatan air agar air terawat dapat diagihkan kepada pengguna.
Katanya, proses pembersihan dan rawatan air di loji akan mengambil masa kira-kira 14 jam.
"Air Selangor akan berkongsi pelan pemulihan bagi kawasan-kawasan yang terjejas dalam siaran media kami
pada jam 7 pagi esok (Rabu)," katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.
TERKINI: Bekalan air bersih mula disalurkan secara berperingkat
BACA: 463 kawasan di 5 daerah di Selangor, Putrajaya dijangka alami gangguan bekalan air
Katanya, bagi meminimumkan impak gangguan kepada pengguna yang terjejas, Air Selangor telah mengaktifkan pelan mitigasi dengan mengagihkan bekalan air alternatif daripada LRA Langat 2 dan LRA Labohan Dagang ke sebahagian kawasan di Wilayah Hulu Langat dan Kuala Langat.
"Pengguna di kawasan Kajang Baru, Kajang, Semenyih dan Beranang di Wilayah Hulu Langat serta Jenjarom, Teluk Panglima Garang dan Pulau Carey di Wilayah Kuala Langat akan menerima bekalan air alternatif secara berkala.
Katanya, sebanyak 94 lori tangki air telah digerakkan ke kawasan pengguna yang terjejas sepanjang gangguan bekalan air tidak berjadual ini.
"Senarai kawasan yang terjejas boleh dapati di http://tinyurl.com/ais-erp-02," katanya.
Media pada Selasa melaporkan, sebanyak 323,623 akaun di lima wilayah di Selangor dan Putrajaya mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual berikutan LRA Sungai Semenyih dihenti operasi akibat pencemaran bau dikesan di Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir.
Lima daerah terjejas itu ialah Petaling membabitkan sebanyak 160,946 akaun, Hulu Langat (29,377), Sepang (75, 869), Putrajaya (33,352) dan Kuala Langat (24,079).
Astro Awani
Tue Aug 31 2021
Sebanyak 94 lori tangki air telah digerakkan ke kawasan pengguna yang terjejas sepanjang gangguan bekalan air tidak berjadual ini. - Gambar hiasan
Menteri Luar Mesir ucap takziah kepada Malaysia atas bencana banjir
Menteri Luar Mesir Dr. Badr Abdelatty menyampaikan ucapan takziah kepada Malaysia susulan tragedi banjir yang mengorbankan nyawa dan menyebabkan kemusnahan besar.
Ringgit terus ditutup rendah berbanding dolar AS berikutan sentimen berhati-hati
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS untuk hari kelima berturut-turut pada Jumaat berikutan sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC)
AWANI Tonight: Batu Puteh RCI: PM dismisses persecution claims against Tun M
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim clarified that the Royal Commission of Inquiry on the Batu Puteh case was not to target Tun Dr. Mahathir Mohamad, noting that the special task force was formed under Datuk Seri Ismail Sabri's administration.
AWANI Tonight: Indonesia’s Prabowo mulls scrapping regional elections to cut costs
Indonesian President Prabowo Subianto suggests doing away with one of the country’s two nationwide elections to cut costs, resembling a model used during the country’s three-decade authoritarian rule.
AWANI Ringkas: Musa Aman bakal TYT Sabah baharu?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Semua pihak perlu berganding bahu bantu mangsa banjir - Nga
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming menyeru semua pihak supaya berganding bahu membantu mangsa yang terjejas dengan bencana banjir.
Komentar berunsur perkauman, agama masih perlu dikawal pasca pindaan Akta 588 - Tan Li Pei
Sebarang kandungan, perkongsian dan komentar di media sosial masih perlu dikawal pasca pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588).
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur pada Jumaat ditutup bercampur-campur di tengah-tengah aliran menurun dalam pasaran niaga hadapan getah serantau.
Bursa Malaysia ditutup tinggi dipacu saham berkaitan pusat data, akhiri penyusutan lima hari
Bursa Malaysia menamatkan penyusutan lima hari berturut-turut apabila ditutup lebih tinggi hari ini, dipacu saham-saham berkaitan rantaian bekalan pusat data, terutama utiliti dan aluminium.
AWANI 7:45 [13/12/2024] – Laporan RCI Kaji Keputusan Kabinet | Kapasiti 50 Megawatt | Kategori Oku Fizikal 65.2 Peratus | Majoriti Kekayaan Saham Tesla
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nickyson Nyambar
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Kedaulatan Batu Puteh, tiada agenda dendam - PM
- Malaysia cipta sejarah, salur tenaga elektrik hijau pertama ke Singapura
- OKU penjawat awam meningkat, lebih 3,000
- Elon Musk, individu pertama memiliki kekayaan lebih UDS400 bilion
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Kedaulatan Batu Puteh, tiada agenda dendam - PM
- Malaysia cipta sejarah, salur tenaga elektrik hijau pertama ke Singapura
- OKU penjawat awam meningkat, lebih 3,000
- Elon Musk, individu pertama memiliki kekayaan lebih UDS400 bilion
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Aidilfitri: 34 lori tangki, 855 tangki statik sedia hadapi kemungkinan gangguan bekalan di Pahang
Paip menyediakan pelan kontigensi sebagai persediaan awal berdepan kemungkinan gangguan bekalan air di seluruh daerah di negeri ini sempena cuti perayaan hari raya Aidilfitri.
Gangguan bekalan air Lembah Klang: Proses bersih, rawatan loji ambil masa 14 jam
Proses pembersihan sistem rawatan air perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum dapat memulakan proses rawatan air agar air terawat dapat diagihkan kepada pengguna.