Skip to main content

Malaysia

Gangguan cetakan MyKad dijangka bermula esok susulan peralihan generasi baharu

[TB]_IC MyKad Generic_sinar
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memaklumkan pihaknya kini sedang melaksanakan peralihan daripada struktur MyKad sedia ada kepada kad pengenalan generasi baharu. - Gambar hiasan
Advertisement

PUTRAJAYA: Urusan cetakan MyKad di seluruh negara dijangka mengalami gangguan sementara mulai Rabu, 26 Ogos hingga Isnin, 31 Ogos susulan proses peralihan kepada MyKad generasi baharu.

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memaklumkan pihaknya kini sedang melaksanakan peralihan daripada struktur MyKad sedia ada kepada kad pengenalan generasi baharu.

Menurut JPN sehubungan itu, orang ramai yang tidak mempunyai keperluan mendesak dinasihatkan supaya menangguhkan sementara urusan penukaran atau penggantian MyKad sepanjang tempoh berkenaan.

"Bagi permohonan MyKad kali pertama untuk kanak-kanak berusia 12 tahun, ibu bapa atau penjaga juga digalakkan menunggu seketika bagi membolehkan anak menerima MyKad generasi baharu apabila pengeluarannya bermula dalam masa terdekat," menurut JPN dalam kenyataan hari ini.

JPN menghargai kesabaran dan kerjasama orang ramai sepanjang proses peralihan itu serta memohon maaf atas sebarang kesulitan yang mungkin timbul.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement