KUALA LUMPUR: Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pemaju dan pemilik tapak projek pembinaan sebuah hotel, yang menjadi punca gangguan operasi Transit Aliran Ringan (LRT) Stesen Masjid Jamek dan Bandaraya di sini, termasuk menuntut pampasan berjumlah RM38 juta.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, amaun tuntutan itu, melibatkan kos baik pulih kerosakan struktur di beberapa jejambat LRT dan kos operasi pelan kontingensi melibatkan penyediaan bas perantara.
Beliau berkata, keputusan bagi menuntut segala pampasan dan tindakan undang-undang hanya selepas semua proses pembaikan selesai dilaksanakan, bagi memastikan gangguan perkhidmatan dapat diselesaikan sesegera mungkin.
"Ini arahan yang kementerian terima, kerana jika kita ambil tindakan lain seperti tuntut pampasan dahulu, baru fikir nak baiki, gangguan akan berlanjutan lebih lama dan ini akan lebih menyusahkan pengguna, kena ingat stesen ini tutup dah lebih setahun lalu (27 Februari 2023).
"Jadi kerja-kerja pembaikan yang bermula Mac tahun lalu berjaya disiapkan pada Disember lepas, sebelum melalui beberapa siri ujian bagi tujuan keselamatan rel dan pematuhan piawaian, sebelum kita buka sepenuhnya semula operasi hari ini,” katanya dalam sidang media selepas meninjau operasi pembukaan semula Stesen LRT Bandaraya di sini.
Ditanya sama ada projek pembinaan hotel berkenaan akan diteruskan atau dihentikan, Loke berkata keputusan berkaitan perkara itu terletak di bawah bidang kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
"Bagaimanapun mengambil pengajaran daripada kes ini yang memberi kesan besar kepada keselesaan pengguna, sekiranya ia diteruskan kita harap syarat yang lebih ketat dikenakan bagi mengelak perkara sama berulang pada masa akan datang.
"Juga perlu untuk mana-mana PBT (pihak berkuasa tempatan) melibatkan Prasarana dan APAD (Agensi Pengangkutan Awam Darat) dalam sebarang keputusan kelulusan projek dan pembinaan, terutama dalam radius 250 meter daripada mana-mana stesen pengangkutan awam," katanya.
Mengenai gesaan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang merayu kerajaan untuk campur tangan dalam isu dihadapi penghantar p-hailing melibatkan kadar upah, Loke berkata pihaknya akan mengkaji perkara berkenaan.
"Kita juga akan berbincang dengan kementerian lain yang terlibat dan pada masa sama meminta pihak Grab untuk memberikan penjelasan," katanya.
Media pada Jumaat melaporkan Setiausaha Agung MTUC Kamarul Baharin Mansor bersama lebih 50 penghantar makanan, menyerahkan memorandum berkaitan isu tersebut kepada Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pengangkutan Dr Nor Fuad Abdul Hamid, di Putrajaya.
Menurut Kamarul, penurunan kadar upah asas sejak sebulan lalu, telah menjejaskan pendapatan harian golongan penghantar.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 17 2024
Menteri Pengangkutan Anthony Loke ketika sidang media pembukaan semula laluan antara Stesen Masjid Jamek dan Bandaraya di Stesen LRT Bandaraya, hari ini. - Foto Bernama
'Jemaah haji ialah VIP, perlu dilayan sebaiknya' - Cef Anas
Cef Anas anggap tugas memasak untuk 31,600 jemaah Malaysia di Tanah Suci sebagai jihadnya.
Pesawat turun mendadak kurang dari 10 saat - Penumpang SIA
Salah sorang penumpang pesawat penerbangan Singapore Airlines (SIA) yang mengalami keadaan gelora udara (turbulent) kuat, Dzafran Azmir memberitahu kejadian berlaku dengan sangat pantas.
Haji 2024: Makanan disaring ketat sebelum diedar kepada 31,600 jemaah
TH tidak berkompromi aspek keselamatan makanan bermula daripada penyediaan dan penyajian sehingga kepada penghantaran.
Wanita maut, motosikal dilanggar lori
Mangsa mengalami kecederaan di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
AWANI Pagi: Tak nak kena tipu beli kereta terpakai?
Kelahiran SCRUT yang membongkar penipuan gred dan kondisi kereta import terpakai (kereta recond) telah tular dan memberi impak yang sangat baik kepada industri automotif. Buat masyarakat, ia sesuatu yang baik, manakala buat penjual yang tidak jujur, ia mimpi ngeri. Nak tahu perkongsian lebih lanjut, jangan terlepas tonton #AWANIPagi.
#AWANInews
#AWANInews
Putin puji hubungan Rusia dengan Iran
Putin juga memberi jaminan akan memastikan hubungan baik dengan republik itu berterusan.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Wesak
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan selamat Hari Wesak kepada semua penganut agama Buddha di negara ini.
Penganut agama Buddha sambut Hari Wesak hari ini
Hari Wesak disambut dengan menyalakan colok dan lilin berbentuk bunga teratai, menabur bunga dan memandikan patung Buddha.
AWANI Ringkas: PM hadiri Persidangan Nikkei
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kimberly tinggalkan skuad terjun pada usia 22 tahun
Ia jelas menimbulkan banyak pertanyaan tentang punca sebenar mengumumkan keputusan itu.
Tiada perancangan wajibkan pasang 'dashcam' - Loke
Tiada perancangan untuk mewajibkan pemasangan 'dashcam' atau kamera papan pemuka bagi semua kenderaan di negara ini.
Kemungkinan penstrukturan semula MAHB akan beri manfaat kepada negara - Ahli ekonomi
Kemungkinan penstrukturan semula ekuiti Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan memberi manfaat kepada negara.
Proses pengambilan tanah projek ECRL di Selangor berjalan lancar - Loke
Proses pengambilan tanah bagi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Selangor berjalan dengan baik dan lancar, menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Bas dari Thailand dibenar masuk Malaysia, perlu permit APAD - Anthony Loke
Bas dari Thailand dibenarkan masuk ke Malaysia tetapi perlu membuat permohonan dengan Agensi Pengakutan Awam Darat (APAD) terlebih dahulu dan permit sementara akan dikeluarkan kepada pemohon tersebut.
Tidak pernah benarkan bida harga, MOT arah APAD semak aplikasi perkhidmatan e-hailing
Kementerian Pengangkutan tidak pernah membenarkan mana-mana penyedia aplikasi perkhidmatan pengangkutan e-hailing menggunakan sistem bidaan harga.
Akademi JPJ bakal dibina di Sabah, Sarawak - Loke
Kementerian Pengangkutan bercadang menubuhkan akademi Jabatan Pengangkutan Jalan (JLJ) di Sabah dan Sarawak sebagai perancangan jangka panjang.
Kerjasama awam swasta perlu dipertingkat bagi manfaat sektor rel negara
Kerjasama awam swasta perlu dipertingkatkan bagi pembangunan dan pembangunan semula infrastruktur serta kemudahan sektor perkhidmatan rel negara ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: PH yakin pertahan kemenangan - Loke
Pakatan Harapan (PH) optimis mampu mempertahankan kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu esok.
MH370: Kertas cadangan Ocean Infinity dibawa ke Kabinet Ogos ini - Loke
Kertas cadangan Ocean Infinity bagi memulakan semula pencarian pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 dibawa ke Kabinet Ogos ini.
Prasarana diarah buat kajian kawasan jajaran rel berisiko pokok tumbang
MOT mengarahkan Prasarana supaya menjalankan kajian mendalam kawasan berisiko berlakunya insiden pokok tumbang di sepanjang laluan rel.