awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 1 juta rakyat Terengganu nikmati manfaat PJRM - KPDN
“Nak mohon maaf dengan siapa?" - Fikiran Ziana kosong, Aidilfitri akan terasa sunyi
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gangguan seksual dan buli: Radzi Jidin umumkan 8 anggota jawatankuasa khas KPM

Fareez Azman
Fareez Azman
19/05/2022
08:38 MYT
Gangguan seksual dan buli: Radzi Jidin umumkan 8 anggota jawatankuasa khas KPM
Radzi berkata, jawatankuasa itu akan dipengerusikan mantan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datuk Habibah Abdul Rahim. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Lapan individu dilantik menganggotai Jawatankuasa Khas Bagi Meneliti dan Menambahbaik Prosedur Pengendalian Kes Gangguan Seksual dan Buli di Institusi Pendidikan di Malaysia.
Menurut Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin, jawatankuasa itu akan dipengerusikan mantan Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Habibah Abdul Rahim.
"Petang semalam saya telah menyerahkan watikah pelantikan kepada pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Khas Bagi Meneliti dan Menambahbaik Prosedur Pengendalian Kes Gangguan Seksual dan Buli di Institusi Pendidikan bawah KPM.
"Jawatankuasa khas ini dianggotai oleh lapan individu yang berpengalaman luas dan mempunyai latar belakang profesion berbeza.
"Antaranya mantan pegawai kanan kerajaan, pensyarah, kaunselor, pegawai undang-undang serta wakil badan bukan kerajaan (NGO). Terima kasih atas kesediaan anda untuk bersama-sama membantu KPM," jelasnya dalam kenyataan media pada Khamis.
Lapan ahli jawatankuasa itu ialah Datuk Sutinah Sultan; Datuk Sulaiman Wak; Profesor Datin Mariani Md Nor; Lt. Kolonel Bersekutu (PA) Aminuddin Awang; Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz; Profesor Madya (Kehormat) Datuk Sundramoorthy dan Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan.
Tambah Radzi, penubuhan jawatankuasa khas itu bagi mendapatkan solusi terbaik dalam menangani kes gangguan seksual dan buli di institusi pendidikan di bawah KPM.
"Kami yakin serta percaya, dengan pengalaman dan kepakaran ahli-ahlinya, jawatankuasa khas ini akan dapat membantu KPM meneliti secara mendalam dan seterusnya mengesyorkan pelan tindakan bersesuaian yang boleh diambil bagi menangani kes gangguan seksual dan buli di institusi pendidikan bawah KPM.
"KPM komited melakukan yang terbaik," katanya.
Topic Berkaitan
#KPM
#jawatankuasa khas
#ahli
#Gangguan seksual dan buli
#Radzi Jidin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan