awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jeneral Rusia ditembak beberapa kali di Moscow
Pasukan forensik siasat lokasi serangan bom bunuh diri di masjid Islamabad
Lisa BLACKPINK bakal bintangi filem original Netflix baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gangguan suis jejas jadual perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya

Bernama
Bernama
05/01/2023
12:33 MYT
Gangguan suis jejas jadual perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya
Operasi perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya sedang mengalami kelewatan disebabkan gangguan suis menyebabkan semua tren bergerak perlahan dan berhenti lebih lama di platform. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Operasi perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya sedang mengalami kelewatan disebabkan gangguan suis menyebabkan semua tren bergerak perlahan dan berhenti lebih lama di platform.
Rapid Rail Sdn Bhd dalam kenyataan memaklumkan kejadian pertama berlaku pada 4.24 petang tadi menyebabkan tren terpaksa dipandu secara manual antara Stesen KL Sentral dan Pasar Seni serta pasukan teknikal telah berada di lokasi dan kerja-kerja baik pulih selesai pada 5.20 petang.
"Gangguan kedua telah berulang antara Stesen Damai dan Dato' Keramat pada 5.26 petang. Buat masa ini, kakitangan teknikal sedang giat menjalankan kerja-kerja baik pulih dan akan memastikan operasi kembali normal pada kadar segera," katanya.
Bagi mengurangkan kesesakan di stesen, perkhidmatan bas perantara percuma disediakan antara Stesen KLCC, Ampang Park, Damai, Dato' Keramat, Jelatek dan Setiawangsa.
Pengguna dinasihatkan merancang perjalanan serta melayari media sosial Rapid KL untuk mendapatkan maklumat terkini berkenaan status perkhidmatan terkini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#LRT Kelana Jaya
#gangguan suis
#tren
#rapid rail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan