KUALA LUMPUR:Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini telah mengadakan pertemuan dengan Ketua-Ketua UMNO Bahagian seluruh Malaysia.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam satu kenyataan berkata pertemuan itu adalah sebagai alternatif kepada konvensyen UMNO yang sering dilakukan sebelum Perhimpunan Agung UMNO.

"Lazimnya, konvensyen di peringkat negeri-negeri dan kebangsaan menyusul bagi memperhalusi setiap usul-usul bahagian yang akan dibawa ke Perhimpunan Agung UMNO.

"Memandangkan keperluan mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang sedang berjalan, pertemuan dengan Ketua-ketua UMNO Bahagian dijadikan alternatif kepada konvensyen," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

UMNO | Perjumpaan Presiden bersama Ketua Bahagian


Jelasnya, pertemuan itu adalah amalan lazim untuk kepimpinan tertinggi mendengar dan memperhalusi suara akar umbi sebelum sebarang usul dibawa secara rasmi ke Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan Perhimpunan Agung UMNO untuk dibahas dan diputuskan.

Mesyuarat Biro Politik UMNO dijadual berlangsung pada Rabu petang manakala pada sebelah malam dijadual berlangsungnya Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di ibu pejabatnya.

[SIDANG MEDIA] Setiausaha Agung UMNO